Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

11 Dec 2012

Majlis Perasmian pejabat baru Pejabat Operasi Gombak

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. 

10 DISEMBER 2012

9.00 - 9.30 pagi     :  Ketibaan para jemputan.

         9.30 pagi     :  Ketibaan Ketua Perangkawan, Y.Bhg. Dr. Hj. Abdul Rahman bin Hasan.

9.30 - 10.00 pagi   :  Minum pagi.

10.00 - 10.05 pagi  :  Pengerusi majlis, En. Muhamad Faizal bin Noorsham memulakan acara.
                              Bacaan doa oleh En. Abdul Rahim bin Shaharuddin.

10.05 - 10.10 pagi  :  Ucapan alu-aluan oleh Pengarah JP Selangor, Tn. Hj. Ibrahim bin Jantan.

10.10 - 10.20 pagi  :  Ucapan Perasmian oleh Ketua Perangkawan, Dr. Hj. Abdul Rahman bin Hasan.

10.20 - 10.30 pagi  :  Persembahan Multimedia, disediakan oleh En. Mohd Fadzly bin Mohd Noor.
                              Mengandungi ucapan Ketua Pejabat Operasi Gombak, En. Mohd Rosli bin Mahmood,
                              serta pengenalan struktur organisasi dan operasi POG.

10.30 - 11.00 pagi  :  Ketua Perangkawan melawat sekitar pejabat baru sambil beramah mesra dengan
                              semua anggota POG.

11.00 - 1.00 t/hari  :  Makan tengahari, diikuti sesi bergambar dengan Ketua Perangkawan.
                               Ketua Perangkawan berangkat pulang.


acara bermula

sebahagian tetamu dan tuan rumah

ucapan perasmian dan sessi dialog


lawatan dan beramah mesra

selamat dirasmikan

jamu selera

bergambar kenangan dengan anggota POG

berangkat pulang



Emel penghargaan dari Ketua POG kepada semua anggota POG yang telah bertungkus-lumus membuat persiapan menjayakan majlis perasmian ini : 


Assalamualaikum
Tuan/puan, 
Tahniah! Tahniah! Tahniah!
Terima kasih tidak terhingga kepada anda semua.
Kerjasama yang utuh dan usaha yang berterusan dikalangan tuan/puan memberikan kesan positif pada majlis kita pagi ini. Harapan saya, kita sentiasa teruskan bekerjasama. Ini kerana setiap kerja jika dibuat bersama-sama akan menjadi lebih baik dan sempurna. 
Sekian, terima kasih.

    
Baca selanjutnya...

29 Nov 2012

Tahniah Wan Faizal & Isteri

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Kelab POG mengucapkan tahniah kepada Wan Ahmad Faizal dan isteri kerana menerima kehadiran ahli keluarga baru.

Cahaya mata mereka yang kedua telah selamat dilahirkan pada 27 November 2012, jam 1.37 am.

Bayi perempuan seberat  2.7 kg yang dilahirkan di Putra Medical Centre, Sungai Buloh, diberi nama Wan Auni Zahra.

Setelah dikurniakan anak sulung yang merupakan seorang putera, kali ni dapat puteri pula, mencukupkan sepasang cahaya mata.

Seluruh warga POG mendoakan semoga putera puteri mereka  bakal menjadi anak yang soleh dan solehah... aamiinn. Insya Allah.

Baca selanjutnya...

9 Oct 2012

Majlis Bacaan Yaasin, Tahlil & Doa Selamat


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pada 5 Oktober lalu, Pejabat Operasi Gombak telah mengadakan Majlis Bacaan Yaasin, Tahlil dan Doa Selamat, sempena menduduki pejabat baru. Setelah kira-kira sebulan mula menduduki pejabat baru, barulah POG berkesempatan mengadakan majlis tersebut kerana agak sibuk dengan tugas-tugas hakiki. Diharapkan perpindahan ini akan mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t.

Majlis tersebut diketuai oleh Ustaz Rosdi yang dijemput khas dari Surau Bukit Beruntung, Rawang. Majlis tersebut turut dihadiri Pengarah JP Selangor; Tn. Hj Ibrahim Jantan, Ketua Penolong Pengarah; Tn Hj Aziz Abdullah serta beberapa pegawai dan anggota dari Shah Alam.











Selesai sahaja majlis, diadakan pula Sesi Review Penyiasatan Integriti Nasional (PIN) bagi mereka yang terlibat dan berlarutan hingga ke petangnya.


Baca selanjutnya...

15 Aug 2012

Kami akan berpindah dan Selamat Hari Raya!

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sebaik sahaja kembali dari bercuti seminggu sempena Aidilfitri, seluruh warga POG akan mula berpindah ke pejabat baru di Pusat Perniagaan The Reef, Rawang (bersebelahan TESCO Rawang).

Sepanjang bulan Ogos ini, sambil menjalani ibadah puasa, kami di POG agak sibuk menjalankan kerja-kerja penyisihan, pengemasan, pelupusan dan juga pembungkusan, selain sibuk dengan tugas-tugas hakiki sedia ada.

Di kesempatan ini juga, kami warga POG ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga kerja Jabatan Perangkaan Malaysia, khususnya di JP Selangor. Segala keterlanjuran harap dimaafkan.


Kepada yang pulang ke kampung, pandulah berhati-hati dengan penuh kesabaran. Janganlah 'lari' laju-laju kerana kampung anda tidak akan lari ke mana. Semoga perjalanan kita semua diberkati dan dirahmati oleh-Nya serta selamat pergi dan balik dalam keadaan sihat hendaknya.

Jumpa lagi di pejabat baru nanti.

Baca selanjutnya...

13 Aug 2012

Majlis Berbuka Puasa P.O.G 2012

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. 

Majlis berbuka puasa ala buffet tersebut diadakan di Perangsang Templer Golf Club pada 11 Ogos 2012.

Tengok saja lah beberapa gambar yang sempat diambil.












Harap maaf, kualiti gambar kurang memuaskan kerana diambil menggunakan kamera handphone cap ayam. Harap maaf juga kepada keluarga yang tak sempat diambil gambarnya...
Baca selanjutnya...

1 Jul 2012

Mini Sukan Perangkaan Selangor (SUPES) 2012

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

30 Jun 2012 (Sabtu); KSKS JP Selangor dengan kerjasama P.O Gombak telah menganjurkan Kejohanan Mini Sukan Perangkaan Selangor (SUPES) 2012. Hanya 4 acara dipertandingkan iaitu futsal lelaki, badminton berpasukan, ping pong berpasukan dan karom berpasukan.

poster kejohanan
Acara futsal dan badminton dijalankan di Dewan Badminton & Futsal Taman Desa Mas, Bandar Country Homes, Rawang, pada sebelah pagi. Upacara perasmian kejohanan juga dijalankan di dewan ini oleh Timbalan Pengarah, Puan Norhashimah bt Haron.

Setelah tamat acara futsal dan badminton pada tengahari, para pemain, penyokong dan kaum keluarga masing-masing bergerak pula ke Pejabat Operasi Gombak untuk menikmati makan tengahari serta penyampaian pingat kepada pemenang-pemenang acara futsal dan badminton.

Acara seterusnya iaitu ping pong dan karom berlangsung sengit dan upacara penyampaian pingat berlarutan hingga jam 5.00 petang.

Berikut keputusan bagi acara-acara yang dipertandingkan:


Pertandingan futsal dijalankan secara timbal balik (setiap pasukan menentang sesama sendiri sebanyak 2 kali). Perlawanan sengit yang kadangkala agak tegang antara 3 penjuru akhirnya menyaksikan HQ Shah Alam muncul johan, P.O Gombak sebagai naib johan dan P.O Kajang di tempat ketiga.



Dalam acara badminton berpasukan, 4 kategori dipertandingkan iaitu perseorangan lelaki, beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran. Persaingan sengit antara HQ Shah Alam dan P.O Kajang yang memungut mata yang sama menyebabkan pemenang emas terpaksa ditentukan berdasarkan jumlah set yang dimenangi. P.O Kajang diisytihar sebagai johan, HQ Shah Alam  naib johan dan P.O Gombak terpaksa merelakan diri berada di tempat ketiga.

Bagi acara khas untuk VIP, kategori perseorangan wanita dimenangi Pn. Shima yang menewaskan Pn. Azah. Dalam kategori beregu, pasangan En. Rosli / En. Abu Bakar berjaya menewaskan pasangan Mr. Lee / En.Azhari.



 Bagi acara ping pong berpasukan, kategori yang dipertandingkan adalah perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita serta beregu campuran. HQ Shah Alam nyata terlalu unggul dalam acara ini dengan membelasah kedua-dua P.O.... sampainya hati mereka!



 Hanya 3 kategori dipertandingkan dalam acara karom berpasukan, iaitu perseorangan lelaki, beregu lelaki dan beregu wanita. Kekuatan seimbang antara mereka menyaksikan ketiga-tiga pasukan memungut mata yang sama. Pemenang pingat terpaksa ditentukan berdasarkan jumlah set yang dimenangi. Johan dimenangi oleh P.O Kajang, naib johan jatuh kepada P.O Gombak dan HQ Shah Alam terpaksa berpuashati mendapat pingat gangsa.



Berdasarkan carta di atas, jelas sekali P.O Gombak berjaya menjadi tuan rumah yang baik kerana cuba sedaya upaya menggembirakan hati tetamu yang datang dari jauh dengan tidak merebut walau satu pun pingat emas... hehe! Walaupun agak kekurangan dari segi jumlah anggota... warga P.O.G tetap berbangga dapat juga merebut 3 pingat perak...maknanya berupaya juga memberi saingan dan tidaklah corot sangat.

majlis penyampaian hadiah
Kami di P.O.G mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih kepada semua pegawai/pemain/penyokong/ahli keluarga yang hadir memeriahkan acara dan juga kepada semua yang terlibat memastikan kelancaran penganjuran sukan ini. Segala kekurangan harap dimaafkan dan sila tegur untuk diperbaiki di masa akan datang.

macam-macam ragam pemain dan penyokong...
Penganjuran mini sukan ini dilihat berjaya mencapai matlamatnya, antaranya mengeratkan silaturahim sesama anggota JP Selangor, menyemai semangat berpasukan, memupuk budaya bersukan serta menjadi salah satu medan untuk mengenalpasti pemain yang boleh diketengahkan ke peringkat lebih tinggi (sukan antara zon misalnya).

Jumpa lagi di kejohanan yang akan datang.

Sekian, wartawan K-POG yang tak bertauliah melaporkan.

Majulah Sukan Untuk JP Selangor.

Baca selanjutnya...

30 Jun 2012

Majlis Sambutan Harijadi & Jamuan ala 'Pot Luck'

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

29 Jun (Jumaat); seperti yang telah diputuskan dalam satu mesyuarat KPOG baru-baru ini, majlis sambutan hari lahir anggota P.O Gombak akan diadakan setiap 3 bulan sekali, dengan acara jamuan makan diadakan secara pot luck.

Memandangkan semua anggota akan membawa juadah sendiri, satu pakatan terpaksa dilakukan sebelum majlis bagi mengelakkan anggota membawa juadah yang sama jenisnya.

Selain acara makan-makan dan sambutan hari lahir, diselitkan juga dengan penyerahan sedikit cenderahati kepada mereka yang telah menyambut hari lahir serta sumbangan kelahiran kepada beberapa anggota.

Mari kita saksikan kemeriahan sambutan majlis tersebut...

bithday boy... masih kira boy lagi ke mereka ini???

Allah selamatkan kamu.... sila nyanyi macam lagu untuk Hj Bakhil...

selamat hari jadi...

"Anda sungguh produktif...apa rahsia anda?"... mungkin itu agaknya yang ditanya oleh En.Rosli kepada para penerima sumbangan kelahiran ini...

hampir tercetus sedikit perbalahan kerana berebut pisau pemotong kek

setelah bermuzakarah, perbalahan akhirnya diselesaikan dan mereka memotong kek bersama-sama dengan gembira

antara bunga-bunga yang mekar menghiasi POG... mekar la sangat... hehe

dayang-dayang sibuk menyediakan makanan

acara makan bermula

agak konfius memilih makanan yang beraneka jenis

besornya nganga... abang baju kelabu khusyuk makan tanpa mempedulikan alam sekeliling....

hingga menjilat jari...

setelah lama 'bertapa''... hari ini En. Razak muncul dengan penampilan baru...

K-POG mengucapkan selamat harijadi kepada mereka yang berkenaan. Semoga kehidupan mereka sentiasa diberkati dan dirahmati Allah hendaknya.
Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.