Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

17 Jan 2012

Selamat Datang (Kembali) En. Arifin

Assalamualaikum warahmatullah dan Salam Sejahtera.

POG pernah mengadakan majlis perpisahan untuk beliau setelah dinaikkan pangkat menjadi Pembantu Perangkaan Kanan E22 dan ditempatkan di Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Johor selama lebih kurang setahun.

Mungkin akibat tidak betah hidup bujang di perantauan hinggakan beliau sering menyanyikan lagu Dendang Perantau walaupun bukan pada hari raya, beliau memohon bertukar kembali ke JP Selangor dan ditempatkan di HQ Shah Alam. Mungkin juga sudah tersurat jodoh beliau di POG memang kuat, maka beliau berjaya bertukar suka sama suka dengan En. Nadarajah.

Selamat Datang (kembali) En. Ipin.
(ehh mana pulak gambar En. Ipin ni...???)
Baca selanjutnya...

12 Jan 2012

Pemilihan Baru Jawatankuasa K-POG & 5S

Assalamualaikum warahmatullah dan Salam Sejahtera.

Selepas mengadakan majlis perpisahan untuk En. Nada, agenda seterusnya adalah menjalankan pemilihan baru bagi jawatankuasa Kelab P.O.G bagi tahun 2012-2013 dan juga jawatankuasa 5S. Berikut adalah keputusan pemilihan tersebut:

Jawatankuasa Kelab P.O.G 2012-2013


Penasihat : En. Mohd Rosli bin Mahmood
Pengerusi : Pn. Norazlinda bt Ramli
Setiausaha : En. Muhamad Faizal bin Noorsham
Bendahari : En. Azizol bin Harun

AJK :         
En. Mohd Fadzly bin Mohd Noor (Sosial)
En. Mohd Shahrul bin Johari  (Sukan)
Pn. Nik Zafifah bt Nik Ibrahim (Kebajikan)
Cik Azureen bt Mohd Sirojuddin (Ekonomi)
En. Abdul Rahim bin Shaharuddin (Keceriaan)
En. Ali bin Ahmad (Blog)

 _______________________________________________


Jawatankuasa 5S Tahun 2012


Penasihat : En. Mohd Rosli bin Mahmood
Pengerusi : En. Ahmad Rahimi bin Abdullah
Naib Pengerusi : En. Haidzir bin Kidam
Setiausaha : Pn. Che Norfairos bt. Che Omar
Bendahari : Cik Hazwani bt Abdullah

AJK:
En. Rozan bin Sulaiman
Pn. Raiham bt Abdullah
Pn. 'Ainun Sa'adah bt Hj Abdul Rahim
Pn. Husna bt Khiri
_______________________________________________

Terima kasih diucapkan kepada jawatankuasa lama yang memberi komitmen yang begitu tinggi dalam merancang dan menjayakan semua aktiviti yang telah dijalankan, dibantu kerjasama dari seluruh anggota P.O.G. Diharapkan kedua-dua jawatankuasa yang baru dipilih ini akan menjalankan tugas dengan lebih cemerlang lagi berintegriti.

Sekian dilaporkan.

P/S: Harap maaf, kualiti gambar agak kurang memuaskan. Tak dapat dipastikan sama ada salah kamera atau salah jurukamera.

Baca selanjutnya...

Salam Perpisahan : En. Nadarajah

Assalamualaikum warahmatullah dan Salam Sejahtera.

Satu majlis perpisahan telah diadakan sempena pertukaran En. Nadarajah a/l P.Pavadi, Pembantu Perangkaan Kanan E22. Beliau diarahkan bertukar semula ke Ibu Pejabat JP Selangor, Shah Alam. Setelah bersama sejak P.O Gombak diwujudkan pada Ogos 2008, kini tibalah masanya En. Nada mengucapkan selamat tinggal kepada P.O.G dan anak-anak buah beliau.

En. Nada menerima sedikit cenderahati dari Pengerusi K-POG

bersama barisan pemimpin di P.O.G dan anak-anak buah tersayang di Unit Operasi 2 ( Isirumah)

Walaupun ditukarkan masih dalam JP Selangor, pastinya seluruh warga P.O.G umumnya dan Unit Operasi 2 (Isirumah) khususnya akan merasai kehilangan besar kerana seperti diketahui beliau amat komited lagi berdedikasi dalam melaksanakan kerja yang diamanahkan kepada  beliau. Kami di P.O.G mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau di tempat baru.

Tempat beliau akan diganti oleh....tak lain dan tak bukan.... En. Arifin b. Amin.
Baca selanjutnya...

3 Jan 2012

Selamat Datang Pn. Linda

Assalamualaikum warahmatullah dan Salam Sejahtera. 


Jawatan Penolong Pegawai Perangkaan(PPP) E27 di P.O Gombak ni boleh dikatakan jawatan yang agak panas. Bermula dengan Cik Norhafiza bt. Mohamed Rashid (kini Puan) ketika POG mula diwujudkan pada Ogos 2008 hingga Januari 2010 apabila beliau menjawat jawatan baru dengan LPPKN di Sabah.

Kemudian jawatan tersebut agak lama kosong, dengar ceritanya ada pegawai yang ditukar ke POG namun tak jadi datang atas sebab-sebab yang tak diketahui. Keadaan ini berlarutan lebih setahun hinggalah akhirnya pada Mac 2011, POG mendapat PPP E27 baru iaitu En. Mohd Damanhuri b. Abdul Aziz yang sebelum ini bertugas di HQ Putrajaya.


Bagaimanapun jodoh En. Damanhuri di POG juga tak panjang apabila beliau bertukar suka sama suka dengan Pn. Norazlinda bt. Ramli ke Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM) Sungkai. Begitulah panasnya jawatan PPP E27 di POG apabila dalam masa lebih kurang 3 tahun... ada 3 orang berlainan menjawat jawatan tersebut. Adakah bila masuk tahun ke 4 nanti akan ada orang ke-4? Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Tiga perenggan di atas sebenarnya hanyalah intro. Tujuan sebenarnya hanyalah satu perenggan ini sahaja, iaitu untuk mengucapkan selamat datang kepada Pn. Linda ke POG. Diharapkan beliau yang sebelum ini bertugas di Bahagian Latihan, Putrajaya (kini ILSM) dapatlah bertahan lama di POG ini. Secara automatik juga beliau menjadi ahli Kelab POG yang baru... bersedialah dengan rela hati untuk menerima kedatangan bendahari kelab yang akan mengutip yuran bulanan. :)


Sekian terima kasih.
Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.