Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

3 Apr 2012

Mendaki Bukit Broga

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pada 31 Mac 2012 (Sabtu), P.O. Kajang dengan kerjasama J.P Selangor (Shah Alam) telah menganjurkan aktiviti Mendaki Bukit Broga, Semenyih. Semua warga J.P Selangor dijemput menyertainya.

Agak ramai jugalah anggota dari HQ Shah Alam (termasuk Pengarah Negeri, Tn Hj Ibrahim Jantan), anggota P.O. Kajang, malah juga beberapa anggota dari HQ Putrajaya, yang dapat menghadirkan diri. Manakala P.O. Gombak cuma dapat menghantar seorang wakil, yang lain mungkin sibuk dengan urusan masing-masing (maklumlah hari cuti).

sila klik untuk besarkan gambar
 Selanjutnya kita baca sajalah petikan email dari Pengarah Negeri setelah berjaya sampai ke puncak:

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera



Saya mengucapkan tahniah kepada semua yang berjaya ke kemuncak Bukit Broga. Saya pada awal pendakian merasakan bahawa saya tidak mampu untuk sampai di kemuncak. Walau bagimanapun atas bantuan dan sokongan  En. Manan dan En. Fuad membolehkan saya berjaya mendaki hingga ke puncak. Begitu juga terima kasih kepada semua yang membantu saya semasa mendaki mahupun ketika menurun bukit. Tahniah dan terima kasih sekali lagi kepada semua terutamanya pegawai dan anggota PO Kajang yang menjayakan program ini.



Pengalaman saya mendaki ini bukannya sesuatu yang mudah, berlatih menaiki tangga dari B1 hingga Tingkat 20 Bangunan Ehsan selama dua hari sedikit sebanyak membantu dalam pendakian ini.



Sesungguhnya sesuatu yang susah untuk dibuat, kita boleh melaksanakan dengan jayanya jika ada kemahuan dan usaha, ianya menjadi mudah dan seronok jika dapat dilaksanakan secara kumpulan dan pasukan.



Terima kasih.



Ibrahim bin Jantan

Tahniah kepada semua yang terlibat,sama ada yang berjaya sampai ke puncak ataupun tidak.

Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.