Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

23 May 2012

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2011 bagi JP Selangor, khususnya kepada Pn. Raiham Abdullah sebagai satu-satunya warga P.O Gombak yang menerima anugerah tersebut.

Penerima APC JP Selangor 2011 bersama Pengarah

Gaya seorang kakitangan cemerlang, gemilang lagi terbilang...
Teruskan kecemerlanganmu Raiham, semoga menjadi contoh ikutan kepada warga POG yang lain.

Mungkin beliau mengamalkan Petua Menjadi Pekerja Cemerlang.

Err.....bila nak buat kenduri kesyukuran??? :D
Baca selanjutnya...

10 May 2012

Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM) Sungkai

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pasti semua sudah maklum bahawa mulai tahun 2012 ni semua kursus dalaman jabatan akan dijalankan di ILSM Sungkai yang baru beroperasi. Di tempat baru ni, kemudahan yang disediakan memang boleh dikatakan serba lengkap dan ada kelas. Bilik penginapannya pun sangat selesa macam bilik hotel berbintang... (kata kawan-kawan yang dah pergi).


Mohd Shahrul b. Johari a.k.a Kecik mencatat sejarah tersendiri menjadi warga P.O.G pertama yang menghadiri kursus di ILSM iaitu Kursus Asas Pembangunan Diri pada 19 -20 Mac lalu.

Yang menariknya, kakitangan JP Selangor terutamanya warga P.O.G yang ingin berkursus ke ILSM disarankan menaiki pengangkutan awam, khususnya keretapi elektrik (ETS). Sesuatu yang agak unik berbanding dengan JP negeri-negeri lain.

Tentu seronok dapat naik keretapi elektrik kan??? Walaupun menaiki pengangkutan awam ni agak mencabar terutamanya bila kena mengusung bagasi yang agak berat, atau nak kena menunggu bas/teksi ke stesen keretapi lagi... tapi takkanlah tak boleh bersusah payah sikit berkorban demi jabatan dan negara kan???

Kalau nak bawa kenderaan sendiri boleh juga tapi tak bolehlah nak buat tuntutan perjalanan melainkan berkongsi kenderaan dengan rakan-rakan lain yang kebetulan pergi pada tarikh yang sama... itu pun jika ada!!!



Akhir kata, selamat menghadiri kursus kepada semua warga JP Selangor khususnya P.O.G yang bakal menghadiri kursus di ILSM selepas ini.
Baca selanjutnya...

3 May 2012

Kejohanan Bowling JP Selangor bersama Ketua Perangkawan

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


Memandangkan tarikh berkenaan cuti hujung minggu yang bersambung pula dengan cuti Hari Pekerja, ramailah warga P.O.G yang tak berkesempatan untuk turut serta sebab sibuk dengan urusan masing-masing.

Maka P.O.G hanya dapat menghantar 3 orang wakil yang ada kelapangan masa iaitu En. Rosli, Azeman dan Fadzly.

Walaupun mereka sengaja tidak menang kerana mahu menjaga hati pihak tuan rumah, komitmen mereka dalam menjayakan acara tersebut amat membanggakan kami. Syabas! =D>

Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.