Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

10 May 2012

Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM) Sungkai

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pasti semua sudah maklum bahawa mulai tahun 2012 ni semua kursus dalaman jabatan akan dijalankan di ILSM Sungkai yang baru beroperasi. Di tempat baru ni, kemudahan yang disediakan memang boleh dikatakan serba lengkap dan ada kelas. Bilik penginapannya pun sangat selesa macam bilik hotel berbintang... (kata kawan-kawan yang dah pergi).


Mohd Shahrul b. Johari a.k.a Kecik mencatat sejarah tersendiri menjadi warga P.O.G pertama yang menghadiri kursus di ILSM iaitu Kursus Asas Pembangunan Diri pada 19 -20 Mac lalu.

Yang menariknya, kakitangan JP Selangor terutamanya warga P.O.G yang ingin berkursus ke ILSM disarankan menaiki pengangkutan awam, khususnya keretapi elektrik (ETS). Sesuatu yang agak unik berbanding dengan JP negeri-negeri lain.

Tentu seronok dapat naik keretapi elektrik kan??? Walaupun menaiki pengangkutan awam ni agak mencabar terutamanya bila kena mengusung bagasi yang agak berat, atau nak kena menunggu bas/teksi ke stesen keretapi lagi... tapi takkanlah tak boleh bersusah payah sikit berkorban demi jabatan dan negara kan???

Kalau nak bawa kenderaan sendiri boleh juga tapi tak bolehlah nak buat tuntutan perjalanan melainkan berkongsi kenderaan dengan rakan-rakan lain yang kebetulan pergi pada tarikh yang sama... itu pun jika ada!!!



Akhir kata, selamat menghadiri kursus kepada semua warga JP Selangor khususnya P.O.G yang bakal menghadiri kursus di ILSM selepas ini.
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.