Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

28 Jun 2012

Sesi Perjumpaan Bersama Pengarah dan Hands-On MM e-Survey di P.O Gombak

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. 

Buat julung-julung kalinya, satu Sesi Perjumpaan Bersama Pengarah dan Hands On Penggunaan Modul MM e-Survey Dengan Responden P.O Gombak telah diadakan di Bilik Latihan P.O Gombak pada 26 Jun 2012.

Tujuan utama sesi tersebut adalah untuk meningkatkan kadar respon secara e-Survey bagi Penyiasatan Pembuatan Bulanan (MM). Agak membanggakan kerana P.O Gombak khususnya dan JP Selangor amnya menjadi perintis dalam mengadakan program ini.

Sesi tersebut dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh En. Mohd Rosli b. Mahmood, Ketua P.O Gombak, diikuti ucapan perasmian oleh Tn. Hj Ibrahim b. Jantan, Pengarah JP Selangor.


Seterusnya pihak responden diberi penerangan tentang kepentingan kerjasama memberikan maklumat bagi menjayakan Penyiasatan/Banci yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan. Mereka diberi tunjuk ajar secara terperinci tentang cara dan kaedah penggunaan modul MM e-survey serta kepentingan modul tersebut sebagai satu kaedah dalam pungutan data perangkaan.



Butiran lanjut berkenaan sesi tersebut:

Email oleh Pengarah JP Selangor:



From: Ibrahim Jantan, Hj.
Sent: Wednesday, June 27, 2012 6:11 PM
To: Mazlan Sulong, Hj; Jamaliah Jaafar
Cc: Abdul Rahman Hasan, Dr Hj; Omi Kelsom Hj Elias; Sabri Omar, Hj; Norhashimah Haron; Mohd Rosli Mahmood
Subject: UCAPAN TERIMA KASIH DAN MAKLUMBALAS SESI HANDS ON MM e-sURVEY PO GOMBAK

Tuan Hj Mazlan bin Sulong
Timbalan Pengarah, BPM

Puan Jamaliah binti Jaafar
Timbalan Pengarah, BPPIB

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Saya bagi pihak pegawai dan anggota PO Gombak, JP Selangor merakamkan ucapan terima kasih kepada tuan dan puan serta pegawai/anggota atas kerjasama/bantuan yang telah diberikan dalam menjayakan sesi hands on MM e-survey yang telah diadakan pada 26 Jun 2012 di PO Gombak dengan jayanya di mana:

.     a. Kesemua 24 pertubuhan yang terlibat telah daftar secara e-Survey dan ada di kalangan mereka terus respon dengan e-survey pada hari tersebut.
 
      b. Dari maklumbalas yang diedarkan kepada 32 perserta yang mewakili 24 pertubuhan, setelah menghadiri sesi hands on kesemuanya mengatakan bahawa:

·         modul mm e-survey ini mudah difahami
·         arahan di dalam sistem juga mudah diikuti
·         menjimatkan masa pengisian soal selidik dan
·         tahap keselamatan data juga terjamin.

             c. Peserta juga memberikan cadangan/pandangan iaitu:

·      Perlu diadakan seminar sebegini lagi untuk diberi pengetahuan kepada responden.
·  Sistem yang dibangunkan adalah memudah dan mempercepatkan lagi proses pengisian dan penghantaran maklumat.
·      Lebih jelas tentang e-survey selepas menghadiri sesi ini.

2. Sesi penutup telah diadakan sesi soal jawab dan segala persoalan/permasalahan yang dikemukakan, mereka berpuashati dengan penjelasan yang diberi dan akhir sekali meminta pihak responden  meneruskan penggunaan e-survey dalam MM serta meneruskan kerjasama membekalkan maklumat kepada JP.

3. Bagi pihak JP Selangor akan terus  berusaha meningkatkan penggunaan e-survey di kalangan responden dan terima kasih sekali lagi atas sokongan dan bantuan pihak tuan/puan.  


Sekian, terima kasih.
 
Ibrahim Bin Jantan
Pengarah Negeri,
Jabatan Perangkaan Malaysia,
Negeri Selangor



Email balasan dari BPPIB kepada Pengarah JP Selangor:

From: Jamaliah Jaafar [mailto:jamaliah@stats.gov.my]
Sent: 2012-06-27 19:44
To: Ibrahim Jantan, Hj.
Cc: Abdul Rahman Hasan, Dr Hj; Omi Kelsom Hj Elias; Sabri Omar, Hj; Norhashimah Haron; Mohd Rosli Mahmood; Mazlan Sulong, Hj
Subject: RE: UCAPAN TERIMA KASIH DAN MAKLUMBALAS SESI HANDS ON MM e-sURVEY PO GOMBAK

Tuan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.            Alhamdulillah. Bahagian Butiran Perkara mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah, syabas dan terima kasih di atas kesungguhan dan komitmen pihak Jabatan Perangkaan Negeri Selangor untuk meningkatkan kadar respons secara e-Survey bagi Penyiasatan Pembuatan Bulanan. Sehingga 21 Jun 2012 sebanyak 822 pertubuhan telah mendaftar sebagai e-survey responden dan sehingga hari ini (27 Jun 2012) telah meningkat kepada 884 pertubuhan. Daripada jumlah tersebut Negeri Selangor menduduki tempat kedua dengan 103 e-survey responden iaitu selepas Negeri Johor dengan 207 e-survey responden. Sehingga hari ini juga sebanyak 67 e-survey responden daripada Negeri Selangor telah mengemukakan respons bagi bulan rujukan Mei 2012.

3.            Semoga kerjasama ini berterusan dan sekali lagi pihak Bahagian Butiran Perkara mengucapkan terima kasih di atas perhatian dan kerjasama pihak tuan dalam menjayakan Penyiasatan Pembuatan Bulanan dan meningkatkan kadar respons secara e-Survey. Bahagian Butiran Perkara amatlah menghargai usaha tuan selaku Pengarah dan pihak JP Negeri Selangor keseluruhannya. Tidak lupa juga pihak BPPIB mengucapkan terima kasih kepada pihak BPM yang sentiasa menyokong bagi menjayakan pelaksanaan e-Survey di Jabatan Perangkaan Malaysia.
 
Sekian, terima kasih.

Jamaliah
b.p. Pengarah
Bahagian Perangkaan Pengeluaran Industri dan Binaan



Email dari Ketua P.O Gombak kepada anggota P.O Gombak yang terlibat:

Assalamualaikum,

Tahniah untuk semua.

Atas usaha keras saudara saudari, kita mendapat respon yang baik dari pihak SMD.

Saya berharap, jadikanlah ini sebagai asas untuk kita bergerak ke hadapan.

Kepada yang terlibat dengan MM, saya berharap, saudara saudari teruskan dan tingkatkan lagi respon MM e-Survey.

Biarlah kita bersama-sama menaikkan nama P.O.Gombak.

Syabas! Dan teruskan.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

MOHD ROSLI BIN MAHMOOD
PEJABAT OPERASI GOMBAK


disudahi dengan jamuan makan tengahari
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.