Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

15 Aug 2012

Kami akan berpindah dan Selamat Hari Raya!

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sebaik sahaja kembali dari bercuti seminggu sempena Aidilfitri, seluruh warga POG akan mula berpindah ke pejabat baru di Pusat Perniagaan The Reef, Rawang (bersebelahan TESCO Rawang).

Sepanjang bulan Ogos ini, sambil menjalani ibadah puasa, kami di POG agak sibuk menjalankan kerja-kerja penyisihan, pengemasan, pelupusan dan juga pembungkusan, selain sibuk dengan tugas-tugas hakiki sedia ada.

Di kesempatan ini juga, kami warga POG ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga kerja Jabatan Perangkaan Malaysia, khususnya di JP Selangor. Segala keterlanjuran harap dimaafkan.


Kepada yang pulang ke kampung, pandulah berhati-hati dengan penuh kesabaran. Janganlah 'lari' laju-laju kerana kampung anda tidak akan lari ke mana. Semoga perjalanan kita semua diberkati dan dirahmati oleh-Nya serta selamat pergi dan balik dalam keadaan sihat hendaknya.

Jumpa lagi di pejabat baru nanti.

 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.