Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

8 Mar 2012

Mari menambah cahaya mata: Tahniah Husna & Rohaizad

 Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

~ Kelab POG mengucapkan tahniah kepada :


1. Husna & suami di atas kelahiran cahaya mata kedua mereka pada jam 10.16 pm, 13 Februari 2012.

Bayi lelaki seberat  3.0 kg dilahirkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dan diberi nama Ahmad Aqil Hadif bin Mohd Azman.  Semoga menjadi anak yg soleh. Aamiin.

Seronok la Husna ye dah dapat sepasang cahaya mata. Buat masa ini  beliau sedang memanfaatkan sepenuhnya cuti bersalin selama 90 hari... Fuhh lama tu... jangan sampai sesat jalan bila kembali ke pejabat nanti. :)



2. Rohaizad & isteri di atas kelahiran cahaya mata keempat mereka pada jam 10.54 malam, 28 Februari 2012.

Bayi lelaki seberat 2.8 kg dilahirkan secara normal di Hospital Kuala Lumpur, diberi nama Muhammad Naqib Zafri bin Rohaizad.

Mujurlah dia lahir awal sikit, kalau masuk 29 Februari terpaksalah dia sambut hari jadi 4 tahun sekali. Semoga Muhammad Naqib Zafri menjadi anak yang soleh. Aamiin.



Kepada warga P.O.G yang lain, apa lagi... tak teringin ke menambah cahaya mata???
Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.