Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

2 Jul 2013

Sukan Antara Zon 2013

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. 

Pada 27-29 Jun 2013, Sukan Antara Zon ke-10 Jabatan Perangkaan Malaysia yang dianjurkan oleh Zon Utara, telah diadakan di Pusat Sukan Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah. 

POG hanya menghantar 2 orang peserta untuk mewakili pasukan Zon Tengah iaitu sdra. Bazri b. Abu Bakar yang kini telah cukup umur untuk menyertai pasukan Futsal Veteran, serta sdra. Mohd Shahrul b. Johari yang mewakili pasukan Futsal Lelaki.

Acara-acara yang dipertandingkan adalah seperti ping pong, badminton, bola tampar, bola jaring, sepaktakraw, futsal dan bowling.

Setinggi tahniah kepada pasukan Futsal Lelaki & Bola Tampar Lelaki Zon Tengah yang berjaya muncul juara, manakala naib juara bagi acara Badminton dan Bola Tampar Wanita. 

Tahniah juga khususnya kepada sdra. Shahrul a.k.a Kecik yang telah membantu pasukan Zon Tengah menjuarai acara Futsal Lelaki. Kami di POG tumpang berbangga dengan kejayaan beliau.

Sdra Bazri pula walaupun tidak berjaya membantu pasukan Futsal Veteran meraih kemenangan, beliau sungguh bertuah kerana mendapat hadiah yang lebih lumayan iaitu sebuah tablet Asus dalam acara cabutan bertuah. Kami di POG tumpang cemburu pula... :)




















Setinggi penghargaan kepada semua pemain dan penyokong yang memberi komitmen yang tinggi. Kepada yang tak berjaya, cuba lagi di kejohanan akan datang yang bakal berlangsung di Pahang pada 2015. 

* Semua foto ihsan dari fb Pak Harun.


Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.