Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

19 Dec 2013

Tahniah Zureen dan suami

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Kelab POG mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Zureen dan suami sempena kelahiran anak sulung mereka. 

Bayi lelaki tersebut yang dinamakan Muhammad Adam Wafie telah selamat dilahirkan di Hospital Ampang pada 17 Disember 2013, jam 12.04 pm.




Kami di POG mendoakan semoga kehidupan mereka sekeluarga dirahmati, diberkati, dimurahkan rezeki serta semoga putera mereka bakal menjadi anak yang soleh... aamiinn. Insya Allah.


Baca selanjutnya...

16 Dec 2013

Salam Takziah Rahim, Azizol dan Afiq

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pejabat Operasi Gombak merakamkan ucapan takziah buat anggota-anggota berikut:

1. Abdul Rahim bin Shaharuddin dan isteri kerana anak dalam kandungan telah meninggal dunia pada 23 November 2013 lalu. Bagaimanapun bayi perempuan berusia kira-kira 7 bulan tersebut telah selamat dilahirkan secara normal pada 2 Disember 2013, jam 6.50 petang. Urusan pengebumian dilakukan keesokan harinya.

2. Isteri kepada anggota POG iaitu Azizol bin Harun telah mengalami keguguran anak dalam kandungan beliau berusia 4 bulan pada jam 5.00 pagi, 10 Disember 2013. Isteri beliau iaitu Mazlina binti Mamat juga merupakan anggota PSH di POG. Jenazah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Bandar Country Homes, Rawang.

3 Mohd Afiq Aizzuddin bin Wahab dan isteri kerana anak dalam kandungan berusia dua bulan setengah juga telah mengalami keguguran pada 15 Disember 2013.

gambar famili diambil dari fb masing-masing

Semoga mereka bersabar dan tabah menghadapi ujian ini. Dari-Nya kita datang, kepada-Nyalah kita akan kembali. Al-Fatihah.

Petikan dari halaqah.net:

"Disamping para malaikat dan Hurul-aini (bidadari syurga), maka kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum baligh, juga menyambut kedatangan ibu bapanya di pintu syurga. Sabda Rasullulah saw yang bermaksud : " Ketika aku mikraj ke langit, tiba-tiba aku mendengar suara kanak-kanak. Aku bertanya : " Wahai Jibril, siapakah mereka itu?" Jibril menjawab : Mereka adalah anak cucu orang Islam yang meninggal dunia sebelum baligh. Mereka itu di asuh oleh Nabi Ibrahim as sampai orang tuanya datang." (HR. Abu Daud. 
Anak-anak orang Islam yang meninggal dunia pada waktu kecil, di alam Barzakh dia dikumpulkan pada suatu tempat di bawah penjagaan Nabi Ibrahim as. Setelah kiamat tiba, mereka langsung dipindahkan ke dalam syurga. Jadi mereka tidak melalui Mahsyar,hisab,mizan dan sebagainya.
Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud : "Tiap-tiap anak orang Islam yang mati sebelum baligh akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah." (HR. Bukhari dan Muslim) 
Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak kecil ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kedua ibu bapanya, lupa kepada kampung halamannya dan sebagainya. Tiba-tiba pada suatu hari, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, maka ada malaikat yang memberitahu, "Wahai Wildan, lupakah kamu kepada kedua orang tuamu?Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga. "Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah bonda mereka yang selama ini mereka lupakan. 
Mendengar apa yang dikatakan oleh malaikat itu, dalam keadaan menangis dan membawa air dengan segera mereka berlari menuju ke pintu syurga. Sesampainya di sana, mereka melihat Hurul-aini sedang tegak berbaris sepanjang jalan dengan memakai pakaian dan perhiasan yang serba indah.
Setelah pintu syurga terbuka, dengan diiringi nyanyian merdu Hurul-aini, maka orang-orang pun berebut masuk ke dalamnya, dan ketika itulah anak-anak kecil ini sibuk mencari kedua ibu bapanya. Mereka mencari ke sana ke mari, tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis dan memegang air maka pergilah mereka kepada malaikat serta bertanya: "Wahai malaikat, mana ayah dan ibu kami?"
Menjawab malaikat: Wahai Wildan, sungguh malang nasib kamu, kedua orang tua kamu terjatuh ke dalam neraka." Mendengar ungkapan yang demikian itu, maka anak kecil tadi menangis sejadi-jadinya, menangis menghiba dengan ratapan yang menyayat hati: "Wahai ibuku, wahai ayahku,apakah kesalahanmu,apakah dosamu sehingga kamu terjatuh ke dalam neraka?Begitulah ratapan mereka.
Berkata Malaikat: "Wahai Wildan jangan menangis, pergilah kamu memohon bantuan kepada Nabi Muhammad SAW." Setelah anak kecil ini mengadu kepada Nabi Muhammad SAW, maka Nabi Muhammad pun mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkanlah orang-orang mukmin yang berda dalam neraka itu. Inilah syafaat Nabi Muhammad SAW yang ketiga di akhirat. Pertama pada waktu ditimbang antara dosa dan pahala, yang kedua pada waktu meniti Shiratul Mustaqim yang ketiga ketika mengeluarkan orang dari dalam neraka. Maka ketika itu bertemulah antara anak-anak kecil tadi dengan kedua orang tuanya dengan perasaan gembira.
Firman Allah SWT yang maksudnya : "Pada hari itu mereka berjumpa dengan perasaan gembira. " (Ad-Dahr: 11)
Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.