Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

14 Feb 2014

Menziarahi Zureen dan Adam

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Hampir 2 bulan berlalu sejak kelahiran Muhammad Adam Wafie, baru-baru ini beberapa ahli K-POG diketuai Pengerusinya Azeman Shaari berkesempatan menziarahi Puan Azureen di kediaman beliau yang tidaklah begitu jauh dari pejabat POG.

dah besar hero ni

Pengerusi menyampaikan sumbangan kelahiran

antara yang sempat hadir...

Semoga  Muhammad Adam Wafie membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh.
Baca selanjutnya...

10 Feb 2014

Kejohanan Futsal Tertutup JP Selangor Siri 1/2014

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

8 Februari 2014 (Sabtu) - Kelab Sukan, Kebajikan dan Sosial (KSKS) Jab Perangkaan Malaysia Negeri Selangor telah menganjurkan Kejohanan Futsal Tertutup Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor Siri 01/2014, bertempat di Sport Planet, Seksyen 16 Shah Alam.

Kejohanan ini juga dijadikan sebagai medan pemilihan pemain untuk mewakili Jabatan dalam Kejohanan Futsal Jemputan Piala Pengarah Jabatan Audit Negeri Selangor yang akan diadakan pada 01 Mac 2014 nanti.

Setiap seksyen dan pejabat operasi diwajibkan menghantar satu pasukan untuk menyertai kejohanan futsal ini. POG tidak ketinggalan menghantar pasukan yang dirasakan terkuat untuk mencabar kejuaraan. Penyertaan ditaja sepenuhnya oleh K-POG, menyebabkan para pemain diselubungi tekanan yang agak tinggi untuk memberikan yang terbaik.

Tanpa disangka-sangka, pasukan POG telah berjaya menjadi juara kejohanan dengan rekod tanpa kalah dalam kesemua 6 perlawanan.
 
Keputusan kejohanan adalah seperti berikut :

Pejabat Operasi Gombak vs Harga; 0-0
Pejabat Operasi Gombak vs Pejabat Operasi Kajang; 2-2
Pejabat Operasi Gombak vs Rangka; 4-1
Pejabat Operasi Gombak vs Ekonomi; 2-0
Pejabat Operasi Gombak vs PSH Ekonomi; 3-0
Pejabat Operasi Gombak vs PSH Isirumah; 6-2
 

Pasukan
Perlawanan
Menang
Seri
Kalah
Mata
Pej. Operasi Gombak
6
4
2
0
14
Pej. Operasi Kajang
6
4
1
1
13
Ekonomi
6
3
1
2
10
Harga
6
2
2
2
8
PSH Ekonomi
6
1
2
3
5
Rangka
6
1
1
4
4
PSH Isi Rumah
6
1
1
4
4


Pengurus pasukan POG dengan muka bangganya menerima piala pusingan dari En.Hafiz
        barisan juara yang mulanya nampak macam tak power, tapi rupa-rupanya boleh tahan juga powernya... Bazri, Ali, Afiq, Amirul, Fadzly & Shahrul bersama pengurus Sir Wakdir... seorang lagi pemain tonggak iaitu Wan Faizal tiada dalam gambar kerana terpaksa pulang sejurus perlawanan berakhir disebabkan komitmen keluarga

piala kebanggaan
naib juara... POK
Ketiga... Seksyen Ekonomi
tahniah semua

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang sama-sama menjayakan kejohanan ini. Kepada pasukan yang tidak berjaya, masih ada ruang dan peluang pada siri akan datang. Yang penting, tujuan utama kejohanan ini adalah untuk mengeratkan silaturahim di antara kakitangan di samping memupuk budaya hidup sihat di kalangan anggota JP Selangor.


Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.