Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

20 Dec 2014

Majlis Apresiasi Anggota PSH 2014

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pada 19 Disember 2014 (Jumaat), telah diadakan satu majlis penyampaian sijil penghargaan kepada anggota-anggota PSH yang bakal menamatkan kontrak masing-masing.

bacaan doa dan ucapan aluan Ketua P.O



ini baru betul buah tangan

Terima kasih kepada semua PSH kerana banyak membantu memperkasakan peranan pejabat operasi di dalam kerja-kerja pengumpulan data di lapangan. Semoga ilmu dan pengalaman yang ditimba di POG dapat dimanfaatkan di dalam apa jua bidang yang diceburi selepas ini.
Baca selanjutnya...

13 Dec 2014

Sukan Perangkaan Selangor (SUPES) 2014

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

13 Disember 2014 (Sabtu) - Sukan Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor (SUPES) 2014 telah dilangsungkan di Kompleks Sukan SUK/MSN, Shah Alam, terbuka untuk semua kakitangan tetap dan PSH, JP Selangor.


 perasmian

Terbahagi kepada 5 Pasukan iaitu :

- Tingkat 8,9 & 20 (Sek. Prosesan, Pentadbiran & Kewangan, Rangka) – HIJAU
   Ketua Pasukan : En Mohd Izam b. Jantan

- Tingkat 10 (Sek. Industri, Perkhidmatan) – BIRU – Ketua Pasukan : En. Abu Bakar b. Mansor

- Tingkat 19 (Sek. Isi Rumah, Harga) – HITAM – Ketua Pasukan : En. Mohd Fairoz b. Abdul Rani

- PO Kajang – KUNING – Ketua Pasukan : En. Mohd Ridzal b. Mohd Noor

- PO Gombak – MERAH – Ketua Pasukan : En. Frankie Albert Antau


Sebanyak 6 jenis sukan telah dipertandingkan :

 Futsal Lelaki

 Badminton Berpasukan

 Ping Pong Berpasukan

 Karom Berpasukan 

 Catur & Dam


Kali ini, POG berjaya menjuarai acara karom berpasukan serta tempat ketiga bagi acara ping pong dan dam. Bagi acara-acara lain, POG memberi peluang kepada pasukan-pasukan lain untuk turut sama merasai nikmat bergelar juara... tak sampai hati POG nak bolot semua... :)

Tahniah buat pasukan P.O Kajang yang bergelar Juara Keseluruhan SUPES 2014



POG... juara kategori bergambar

Diharapkan dengan penganjuran acara sukan ini dapat mengeratkan hubungan sesama kita serta memupuk semangat kerjasama dan perpaduan di kalangan anggota Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Selangor.

Jumpa lagi dalam SUPES yang akan datang.

Baca selanjutnya...

9 Dec 2014

Kejohanan Bolasepak 9-Sebelah MAKSWIP 2014

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Kejohanan Bolasepak 9-Sebelah MAKSWIP 2014 telah berlangsung di Stadium Utama, Kangar, Perlis. Lima orang pemain dari JP Selangor termasuk seorang pemain dari POG iaitu Mohd Shahrul Johari telah terpilih untuk mewakili pasukan Jabatan Perangkaan Malaysia (STATS FC) menyertai kejohanan tersebut.

 ketika melawat JP Perlis (gambar ihsan Azrin Zubit)

Berikut adalah keputusan perlawanan:

STATS FC vs Kementerian Luar (MOFA 'A'), menang 1-0
STATS FC vs FELCRA FC, tewas 0-1
STATS FC vs Institut Sukan Negara (ISN), seri 1-1
STATS FC vs Kementerian Belia & Sukan (KBS), menang 2-0

STATS FC‬ terkandas peringkat kumpulan di tempat ketiga dengan mengumpul 7 mata hasil 2 kemenangan 1 seri dan tewas sekali, kekurangan 1 mata dengan pasukan ISN yang mendapat tempat kedua. Walau apa pun mereka telah melakukan yang terbaik. Tahniah buat semua pemain khususnya satu-satunya wakil POG, abang Shahrul kita. Kami semua bangga denganmu... :)

Kepada yang tidak mengenali Shahrul, dalam gambar beliau berdiri 8 dari kanan... dan 8 juga dari kiri... :)
Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.