Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

16 Mar 2015

Selamat Pengantin Baru, Hazwani

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

13 Mac 2015 (Jumaat) - Seorang anggota P.O Gombak, Hazwani bt Abdullah telah membuat keputusan muktamad untuk menamatkan zaman anak dara beliau dengan pasangannya, Mohd Sahlan b. Mohamad Tahar.

Majlis kenduri pula telah diadakan 14 Mac 2015 (Sabtu) di Kg. Paloh, Palekbang, Tumpat, Kelantan.Walaupun terpaksa menempuh perjalanan jauh, ramai juga kawan-kawan dari POG yang berkesempatan hadir memeriahkan majlis tersebut.


sumbangan perkahwinan kepada Cik Wani... ooppss... Puan Wani..

KPOG mengucapkan selamat melayari bahtera perkahwinan kepada Wanie dan suami, semoga kekal berbahagia hingga ke akhir hayat... berkekalan hingga ke syurga... dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Aamin Ya Rabbal 'Aalamiin
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.