Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

24 Apr 2015

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2014

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

PUTRAJAYA, 23 April 2015 - Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2014 di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). 

Sebanyak tiga jenis bentuk penghargaan disampaikan iaitu Sijil Perkhidmatan Cemerlang, Sijil Penghargaan JPM dan Sijil Anugerah Khas JPM. 


Dari 58 Jabatan dan Agensi di bawah JPM, seramai 1,954 orang warga JPM merupakan penerima APC bagi tahun 2014. 

Anugerah telah disampaikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Dr. Ali bin Hamsa, Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada sesi pagi dan Y.Bhg. Tan Sri Mohamad Zabidi bin Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) pada sesi petang. Giliran penerima anugerah bagi Jabatan Perangkaan telah ditetapkan pada sesi petang. 

Y.Bhg. Tan Sri KSN berkata, APC merupakan platform menguji komitmen dan menggalakkan penjawat awam meningkatkan produktiviti dan lebih beriltizam agar mencapai kualiti yang tinggi, berintegriti dan menepati kehendak pelanggan atau rakyat. 



Di kesempatan ini seluruh warga P.O Gombak merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2014 bagi JP Selangor, khususnya kepada dua anggota P.O Gombak yang menerima anugerah tersebut iaitu En. Azeman bin Shaari dan En. Mohd Afiq Aizzuddin bin Wahab.


Semoga kejayaan dan kecemerlangan yang ditunjukkan dapat menjadi contoh teladan kepada warga POG yang lain seterusnya menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan jabatan.

Baca selanjutnya...

8 Apr 2015

Nur Zafreen Ixuna selamat dilahirkan

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Kelab POG mengucapkan tahniah kepada Puan Nur Hidayu bt Md Shukor dan suami beliau, sempena kelahiran anak kedua mereka yang dinamakan Nur Zafreen Ixuna bt Mohd Shah Rezza.

Bayi seberat 3.2 kg tersebut telah selamat dilahirkan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor pada hari Selasa, 7 April 2015, jam 1.56 pm.



Kami di POG mendoakan semoga kehidupan mereka sekeluarga dirahmati, diberkati, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik serta semoga putera-puteri mereka bakal menjadi anak yang soleh dan solehah... aamiinn. Insya Allah.
Baca selanjutnya...

1 Apr 2015

Perlawanan Bolasepak Persahabatan: SSFC vs Stats FC

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. 

Pasukan bolasepak Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor (Statistik Selangor FC-SSFC) telah mengadakan perlawanan bolasepak persahabatan dengan Jabatan Perangkaan HQ Putrajaya (Stats FC) pada 30 Mac 2015 bertempat di Stadium Panasonic, Kompleks Sukan Negara, Sek.21 Shah Alam. Semua warga JP Selangor turut dijemput bersama-sama hadir bagi memeriahkan serta memberi sokongan kepada pasukan bola sepak jabatan.

 
4 pemain dari PO Gombak turut terpilih untuk bermain dalam perlawanan tersebut. Beraksi di atas permukaan padang tiruan yang cukup cantik dan selesa, permainan pada peringkat awal berjalan lancar dan agak seimbang. Namun mungkin disebabkan sudah agak lama SSFC tidak bermain dalam perlawanan kompetitif, corak permainan SSFC sedikit berkarat dan akhirnya keputusan perlawanan berkesudahan Stats FC menewaskan SSFC dengan jaringan 5 gol tanpa balas. Diharapkan kekalahan ini tidak mematahkan semangat pemain sebaliknya menjadi permulaan untuk SSFC berusaha lebih gigih agar bangkit pada masa akan datang.

*sila klik gambar untuk paparan lebih jelas
barisan pemain SSFC
bergambar bersama
ketua pasukan
pemain bintang dari POG diberi amaran oleh pengadil
tamat perlawanan
Pengerusi KSKS turut hadir memberi sokongan

 
Barisan pemain yang mewakili SSFC pada malam itu:

Unit Rangka & Pemetaan: Mohd Firdaus Abd Ghani (K), Mohd Husaini Jamaludin, Mohd Azreel Ayob, Mohd Najmuddin Mohd Noor.

Unit Ekonomi Ahmad Fais Misbah, Azrul Zamanhuri, Hanif Mohd Hanan, Muhammad Faizal Hasbi Tan, Othman Mohamed, Wan Mohd Hisyamuddin Che Yusoff.

Unit Harga-Harga: Mohamed Qayyum Abdul Malek, Muhammad Nadzri Mohamed Salleh, Syed Mohd Shairazi Syed Othman.

Unit Isirumah: Zaizullyadi Yasti

Unit Prosesan: Abdul Mutalib Mansor

PO Kajang: Tuan Azrin Tuan Mohd Zubit

PO Gombak: Ali Ahmad, Mohd Afiq Aizuddin Wahab, Mohd Shahrul Johari, Wan Ahmad Faizal Wan Ibrahim.



'MAJULAH SUKAN UNTUK STATISTIK'
Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.