Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

18 Aug 2015

Selamat Datang Nur Al-Kauthar

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Patah tumbuh hilang berganti. Setelah kehilangan Puan Yusnida bt Yusoff yang bertukar ke Shah Alam, Pejabat Operasi Gombak menerima kehadiran anggota baru. Pada 17 Ogos 2015 (Isnin), Puan Nur Al-Kauthar bt Burhan, Pembantu Perangkaan E17 telah melapor diri di Pejabat Operasi Gombak.

Beliau yang menetap di Selayang sebelum ini bertugas di Bahagian Perangkaan Perdagangan Luar Negeri (BPPLN), Ibu Pejabat Putrajaya.



POG mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kedatangan Puan Nur, semoga beliau cepat menyesuaikan diri seterusnya memberikan komitmen padu sepanjang bertugas di sini.
Baca selanjutnya...

15 Aug 2015

Majlis Perpisahan Puan Yusnida

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Pada hari Jumaat, 14 Ogos 2015, serentak dengan majlis jamuan Aidilfitri, Kelab POG telah juga menganjurkan majlis perpisahan untuk Puan Yusnida bt Yusoff, yang kembali bertukar suka sama suka 3 penjuru ke ibu pejabat Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor, Shah Alam mulai 17 Ogos 2015...

Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Ketua POG, En. Frankie oleh yang merakamkan penghargaan atas khidmat cemerlang sepanjang Puan Yusnida berkhidmat di POG. 



 Seterusnya Puan Yusnida dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada semua anggota POG yang memberikan kerjasama dan bantuan sepanjang beliau berada di POG. Setelah lebih 2 tahun mencurah bakti di POG, pastinya banyak memori suka, duka, pahit dan manis yang akan dikenang hingga ke akhir hayat beliau.



Seluruh warga POG dengan tulus ikhlas memohon maaf atas segala keterlanjuran dan mendoakan beliau akan terus maju jaya serta berjaya mengejar segala impian di masa akan datang.


Mujur tidaklah jauh sangat beliau bertukar. Ada masa kami ke Shah Alam, insya Allah kita akan berjumpa lagi.

Baca selanjutnya...

Majlis Sambutan Aidilfitri POG 2015

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Majlis sambutan Aidilfitri di POG telah diadakan pada 14 Ogos 2015 bersamaan 29 Syawal 1436. Saksikan kemeriahan suasana hari raya di POG pada majlis tersebut.













Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin dari kami di POG.
Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.