Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

18 Oct 2015

Larian Statistik (StatsRun) 2015

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. 

Jabatan Perangkaan Malaysia melalui Persatuan dan Kesatuan (PPJPM, PPPPJPM dan KEPSTAT) sekali lagi telah menganjurkan Program Larian Statistik (StatsRun) 2015. Penganjuran StatsRun 2015 adalah bersempena dengan Sambutan Hari Statistik Sedunia 2015 yang disambut seluruh dunia pada 20 Oktober 2015 dan YB Senator Menteri, Dato' Seri Abdul Wahid Omar  sekali lagi bersetuju untuk menjadi Penaung kepada program ini.   

 
Antara objektif utama StatsRun 2015 adalah:

~ Meningkatkan jalinan kerjasama dengan masyarakat/massa dalam meningkatkan kesedaran kepentingan statistik dan mempromosi fungsi dan peranan statistik dalam pembangunan negara serta dalam pelbagai aspek kehidupan sejagat;

~ Merapatkan rantaian kerjasama dan kolaborasi di antara semua komuniti statistik di Malaysia dan pihak media massa dalam mempromosikan kepentingan statistik bagi membuat sesuatu keputusan dengan tepat (informed decision) ; dan

~Menggalakkan budaya kehidupan yang sihat dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat sebagai pendorong kepada peningkatan produktiviti.

JP Selangor turut menghantar kontinjen seramai 105 orang termasuk 18 orang dari POG.





  

 

 



Diharapkan melalui pelaksanaan program ini, pelbagai lapisan masyarakat dapat lebih memahami terhadap kepentingan statistik serta peranan mereka dalam membantu bagi penghasilan serta pengeluaran statistik yang tepat untuk pembangunan negara. Diharapkan penyertaan aktif oleh anggota Jabatan dapat membantu kejayaan program ini secara langsung khususnya bersama-sama dalam berinteraksi dengan masyarakat secara lebih dekat seterusnya meningkatkan literasi statistik di kalangan komuniti dan masyarakat.


Baca selanjutnya...

9 Oct 2015

Minggu Pembudayaan Inovasi & Kreativiti (MPIK) dan Hari ICT 2015

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Jabatan Perangkaan Malaysia telah berjaya melaksanakan Minggu Pembudayaan Inovatif dan Kreatif (MPIK) dan Hari ICT bermula dari 5-8 Oktober 2015 bertempat di Dewan Sigma, ILSM, Sungkai, Perak.

MPIK dan Hari ICT yang bertemakan "Inovasi Teras Transformasi Statistik" diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan perkongsian maklumat kepada semua warga Jabatan berkaitan inovasi statistik.

Di antara aktiviti pengisian minggu tersebut ialah Pra-Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan 2015 yang telah dijalankan dari 5 hingga 7 Oktober 2015. Sebanyak 29 kumpulan dari pelbagai Bahagian dan JP Negeri telah membuat pembentangan, persembahan dan pameran. Majlis penutup pula telah diadakan pada 8 Oktober 2015 (Khamis). 

Setinggi tahniah kepada wakil KIK JP Selangor, yang memilih nama Kumpulan Krinov kerana berjaya menduduki tempat ke-4 kategori teknikal seterusnya berjaya ke Konvensyen KIK Jabatan 2016. Kumpulan tersebut yang turut diwakili oleh Ketua P.O Gombak, En. Frankie anak Albert Antau telah membangunkan sistem bagi menyelesaikan permasalahan sempadan dan lokaliti. Sistem ini dapat menentukan kedudukan pertubuhan dan tempat kediaman secara lebih tepat dan terperinci.
























Baca selanjutnya...

1 Oct 2015

Salam Takziah, Afiq


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Ø¥ِÙ†َّا للهِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعونَ

Dukacita dimaklumkan bahawa bapa kepada seorang anggota POG, Mohd Afiq Aizzuddin bin Wahab, telah kembali ke Rahmatullah pada petang 30 September 2015 (Rabu) bersamaan dengan 16 Zulhijjah 1436H.

Marilah kita semua, warga POG menghadiahkan bacaan Al-Fatihah kepada Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, Insya-Allah.

Al-Fatihah.
Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.