Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

19 Jan 2016

Selamat Datang Siti Fatimah

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Patah tumbuh hilang berganti. Setelah kehilangan En.Azizol bin Harun yang bertukar ke Pejabat Operasi Kuala Krai, Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Kelantan, kini Pejabat Operasi Gombak menerima kehadiran anggota baru.

Pada 18 Januari 2016 (Isnin), Puan Siti Fatimah binti Ahmad, Pembantu Perangkaan E17 telah melapor diri di Pejabat Operasi Gombak.

Telah berkhidmat di Jabatan Perangkaan Malaysia selama kira-kira 10 tahun, beliau yang kini menetap di Sungai Buloh, sebelum ini bertugas di Seksyen Prosesan, Jabatan Perangkaan Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

POG mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kedatangan Puan Siti Fatimah, semoga beliau cepat menyesuaikan diri seterusnya memberikan komitmen yang tinggi sepanjang bertugas di sini.
Baca selanjutnya...

14 Jan 2016

Majlis Perpisahan En.Azizol

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Pada hari Khamis, 14 Januari 2016, Kelab POG telah menganjurkan majlis perpisahan untuk En.Azizol bin Harun, Pembantu Perangkaan E17 yang akan bertukar ke Pejabat Operasi Kuala Krai, Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Kelantan mulai 17 Januari 2016.

Majlis ringkas ini dimulakan dengan ucapan  oleh Ketua POG, En.Frankie yang merakamkan penghargaan atas khidmat cemerlang sepanjang En. Azizol berkhidmat di POG. 

Seterusnya
En. Azizol dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada semua anggota POG yang memberikan kerjasama dan tunjuk ajar sepanjang beliau berada di POG. Setelah kira-kira 7 tahun mencurah bakti di POG, pastinya banyak memori suka, duka, pahit dan manis yang akan dikenang hingga ke akhir hayat beliau. 

Seluruh warga POG dengan tulus ikhlas mendoakan beliau akan terus maju jaya, dilimpahkan kesejahteraan dan keberkatan dalam kehidupan beliau sekeluarga di tempat yang baru serta berjaya mengejar  segala impian di masa akan datang.

menyerahkan tugas selaku Bendahari KPOG kepada Puan Ayu
ucapan penghargaan oleh En. Frankie



ucapan pegawai yang diraikan


Majlis diakhiri dengan acara persembahan multimedia, penyampaian cenderahati, memotong kek,  dan sudah tentulah acara kemuncaknya adalah makan-makan. 





Hati sayu merenung malam
Cengkerik dan unggas meneman diri
Bertemu berpisah lumrah alam
Pasti jadi suatu memori

Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi

 
Baca selanjutnya...

4 Jan 2016

Kelahiran Cahaya Mata: Tahniah Puan Ainun

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa Puan Ainun Saadah binti Abd Rahim, Pembantu Tadbir (P/O) N17, Pejabat Operasi Gombak telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada jam 5.24 pagi, 3 Januari 2016.

Bayi seberat 3.46 kg tersebut telah selamat dilahirkan di Hospital Selayang dan dinamakan Ayra Kadeeja Dania binti Mohamad Khairi


Tahniah kepada Puan Ainun dan suami beliau sempena kelahiran anak ketiga mereka itu. Kami di POG mendoakan semoga kehidupan mereka sekeluarga dirahmati, diberkati, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik serta semoga putera-puteri mereka bakal menjadi anak yang soleh dan solehah... aamiinn. Insya Allah.

 
Baca selanjutnya...

Salam takziah En. Haidzir

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Dukacita dimaklumkan bahawa Ibu Mertua kepada Encik Haidzir Bin Kidam, Pembantu Perangkaan E22 (KUP) di Pejabat Operasi Gombak telah kembali ke Rahmatullah pada pagi 3 Januari 2016 (Ahad) bersamaan 22 Rabiul Awal 1437H.

Marilah kita semua, warga Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor yang beragama Islam menghadiahkan bacaan Al-Fatihah kepada Allahyarhamah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, Insya-Allah.
Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.