Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

19 Jan 2016

Selamat Datang Siti Fatimah

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Patah tumbuh hilang berganti. Setelah kehilangan En.Azizol bin Harun yang bertukar ke Pejabat Operasi Kuala Krai, Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Kelantan, kini Pejabat Operasi Gombak menerima kehadiran anggota baru.

Pada 18 Januari 2016 (Isnin), Puan Siti Fatimah binti Ahmad, Pembantu Perangkaan E17 telah melapor diri di Pejabat Operasi Gombak.

Telah berkhidmat di Jabatan Perangkaan Malaysia selama kira-kira 10 tahun, beliau yang kini menetap di Sungai Buloh, sebelum ini bertugas di Seksyen Prosesan, Jabatan Perangkaan Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

POG mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kedatangan Puan Siti Fatimah, semoga beliau cepat menyesuaikan diri seterusnya memberikan komitmen yang tinggi sepanjang bertugas di sini.
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.