Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

12 May 2016

Majlis Perasmian pejabat baru Pejabat Operasi Gombak 2

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pada 12 Mei 2016 (Khamis), Majlis Perasmian bangunan pejabat baru Pejabat Operasi Gombak 2 telah diadakan berserta dengan majlis Perjumpaan Bersama Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor. Penyewaan pejabat tambahan terpaksa dibuat bagi mengatasi masalah kesesakan di bangunan pejabat sedia ada. Bangunan pejabat baru ini bakal diduduki oleh Pekerja Sambilan Harian (PSH) bagi projek Banci Ekonomi 2016 dan Penyiasatan Pendapatan & Perbelanjaan Isirumah (HIES).

Aturcara pada hari tersebut:
1. Program ceramah Israk dan Mikraj oleh penceramah jemputan.
2. Bacaan Surah Yaasin.
3. Pengenalan Banci Ekonomi dan HIES oleh Ketua Pejabat Operasi Gombak, En. Frankie anak Albert Antau.
4. Ucapan Perasmian oleh Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor, Tuan Haji Ibrahim bin Jantan.
5. Sesi Dialog bersama anggota.


















"Bekerjalah kamu untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selamanya, dan bekerjalah kamu untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok hari..."


Baca selanjutnya...

10 May 2016

Kelahiran Cahaya Mata : Tahniah En. Fadzly

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa isteri En.Mohd Fadzly b. Mohd Noor, Pembantu Perangkaan E17, Pejabat Operasi Gombak telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada jam 4.38 pm, 9 Mei 2016.

Bayi seberat 3.3 kg tersebut telah selamat dilahirkan di Hospital Selayang dan dinamakan Qaseh Adalia bt Mohd Fadzly.

Tahniah kepada En.Fadzly dan isteri beliau sempena kelahiran cahaya mata ketiga mereka itu.

Kami di POG mendoakan semoga kehidupan mereka sekeluarga dirahmati, diberkati, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik serta semoga putera-puteri mereka bakal menjadi anak yang soleh dan solehah... aamiinn. Insya Allah.
Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.