Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

4 Jun 2016

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


3 Jun 2016 (Jumaat) - Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor telah mengadakan Majlis Perjumpaan Pengarah bersama Warga JP Selangor & Sesi Penerangan Banci Ekonomi (BE) 2016 bertempat di Auditorium Pusat Latihan Pengajar & Kemahiran Lanjutan (CIAST), Seksyen 19 Shah Alam.

Aturcara majlis:
~ Ucapan Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor; Tuan Haji Ibrahim bin Jantan, diikuti sesi dialog bersama anggota JP Selangor.

~ Sesi Penerangan Banci Ekonomi (BE) 2016 oleh Timbalan Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor; Puan Hartini bt Yaacob.

~ Penyampaian Sijil Penghargaan kepada  Kumpulan Inovatif & Kreatif JP Selangor iaitu Kumpulan KRINOV (yang turut dianggotai oleh En. Frankie anak Albert Antau dan En. Mohd Afiq Aizzuddin bin Wahab dari P.O Gombak)

 Kumpulan KRINOV

~ Penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2015 di mana seramai 16 orang anggota JP Selangor telah dipilih menerima anugerah tersebut termasuk 3 orang anggota dari P.O. Gombak.


Di kesempatan ini seluruh warga P.O Gombak merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2015 bagi JP Selangor, khususnya kepada tiga anggota P.O Gombak yang menerima anugerah tersebut iaitu En. Ahmad Rahimi bin Abdullah, Puan 'Ainun Sa'adah bt Haji Abd. Rahim dan En. Azizol bin Harun (kini telah bertukar ke Pejabat Operasi Kuala Krai, JP Kelantan).





Semoga kejayaan dan kecemerlangan yang ditunjukkan dapat menjadi contoh teladan dan menggalakkan warga POG yang lain agar meningkatkan produktiviti, berintegriti dan lebih beriltizam agar mencapai kualiti yang tinggi seterusnya menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan jabatan.

Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.