Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

28 Oct 2016

Kelahiran Cahaya Mata: Tahniah En. Wan Faizal

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa isteri En. Wan Ahmad Faizal bin Wan Ibrahim, Pembantu Perangkaan E19, Pejabat Operasi Gombak telah selamat melahirkan cahaya mata kembar lelaki pada jam 8.31 am dan 8.37 am, 27 Oktober 2016.

Bayi seberat 2.37 dan 2.51 kg tersebut telah selamat dilahirkan di Hospital Selayang dan dinamakan Wan Aydan dan Wan Aydin bin Wan Ahmad Faizal.

kelahiran kembar pertama dalam kalangan warga POG

Tahniah kepada En. Wan Faizal dan isteri beliau sempena kelahiran cahaya mata keempat dan kelima mereka itu.

Kami di POG mendoakan semoga kehidupan mereka sekeluarga dirahmati, diberkati, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik serta semoga putera-puteri mereka bakal menjadi anak yang soleh dan solehah... aamiinn. Insya Allah.
Baca selanjutnya...

15 Oct 2016

Salam Perpisahan Pengarah JP Selangor

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pada 14 Oktober 2016 (Jumaat), Pengarah JP Selangor, Tuan Haji Ibrahim bin Jantan yang telah menjawat jawatan Pengarah sejak 16 Februari 2009 telah dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Kanan (JUSA C), Bahagian Perangkaan Harga, Pendapatan dan Perbelanjaan (BPHPP) di Ibu Pejabat, Putrajaya.

Seluruh warga POG mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas perlantikan tersebut dan terima kasih di atas segala jasa, tunjuk ajar dan sumbangan yang telah beliau curahkan kepada JP Selangor. Warga POG turut mendoakan semoga Tuan Haji Ibrahim terus maju jaya dan lebih cemerlang dalam menjalankan tugas di tempat baru.


Nota: Timbalan Pengarah, Puan Hartini bt Yaacob akan memangku tugas-tugas Pengarah sehingga kekosongan jawatan tersebut diisi.


Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.