Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

16 Feb 2017

Tahniah Dr Mohd Uzir, Ketua Perangkawan Malaysia

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

KUALA LUMPUR, 15 Februari 2017 (Bernama) -- Jabatan Perangkaan Malaysia melantik Dr Mohd Uzir bin Mahidin sebagai Ketua Perangkawan Malaysia, berkuat kuasa 14 Februari 2017 bagi menggantikan Datuk Dr Abdul Rahman Hasan yang bersara wajib.

Mohd Uzir, 51 tahun, berkelulusan Doktor Falsafah Ekonomi dari University of Sheffield, United Kingdom mula menyertai perkhidmatan Perangkawan pada tahun 1990.

"Beliau berpengalaman luas dalam bidang ekonomi, sosial dan demografi," menurut jabatan itu dalam kenyataan di sini.



Sementara itu, katanya ia akan meneruskan transformasi jabatan dan komited untuk membekalkan maklumat dan perkhidmatan statistik yang berkualiti dan boleh dipercayai kepada pengguna.

"Jalinan kerjasama bersama responden, pemegang kepentingan, pengguna statistik sama ada dari dalam negara dan antarabangsa akan terus diperkukuhkan," katanya.

-- BERNAMA --

Baca selanjutnya...

12 Feb 2017

Kelahiran Cahaya Mata: Tahniah Puan Siti Fatimah

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa Puan Siti Fatimah bt Ahmad, Pembantu Perangkaan E19, Pejabat Operasi Gombak telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada jam 5.02 pm, Sabtu, 11 Februari 2017.

Bayi seberat 2.9 kg tersebut telah selamat dilahirkan di Hospital Sungai Buloh dan dinamakan Siti Nur Athirah bt Amir Tashrif.


Tahniah kepada Puan Siti Fatimah dan suami beliau sempena kelahiran cahaya mata ketiga mereka itu. Kami warga POG mendoakan semoga kehidupan mereka sekeluarga dirahmati, diberkati, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik serta semoga putera-puteri mereka bakal menjadi anak yang soleh dan solehah... aamiinn. Insya Allah.
Baca selanjutnya...

8 Feb 2017

Selamat Bersara Ketua Perangkawan Malaysia

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Ketua Perangkawan Malaysia, YBhg. Datuk  Dr. Haji Abdul Rahman bin Hasan, akan bersara wajib mulai 8 Februari 2017 setelah berkhidmat selama lebih 35 tahun.

Pada 7 Februari 2017 (Selasa), Jabatan Perangkaan Malaysia telah menganjurkan Majlis Sanjungan Budi Sulaman Kasih Ketua Perangkawan Malaysia bersempena dengan persaraan beliau.

Warga POG merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Datuk  Dr. Haji Abdul Rahman bin Hasan yang turut pernah berkhidmat sebagai Pengarah di DOSM Selangor. Seluruh warga POG dengan tulus ikhlas mendoakan beliau sentiasa sihat dan berbahagia menikmati alam persaraan serta dilimpahkan kesejahteraan dan keberkatan dalam kehidupan beliau bersama keluarga.



Cenderahati disampaikan oleh Timbalan Ketua Perangkawan (Sosial & Demografi), 
Dr. Mohd Uzir bin Mahidin





 Bersama TKP dan Pengarah-Pengarah Kanan Bahagian

Bersama TKP dan Pengarah-Pengarah DOSM Negeri


* Semua gambar adalah ihsan dari laman web Jabatan



Berikut adalah warkah terakhir beliau menerusi email kepada seluruh warga Jabatan:

Assalamualaikum WBT/Salam Sejahtera

Alhamdullilah, masa dan saatnya telah tiba untuk kita berpisah. Telah hampir 36 tahun saya menumpang kasih di sini. Telah banyak pengalaman dikaut dan rezeki diratah. Hidup kita seperti aliran sungai yang terus menerus mengalir dari hulu ke kuala. Di sepanjang perjalanan terhimpit, terdampar, terkandas atau tertimbus namun air tetap mencari arah untuk mengalir ke kuala. Begitu juga diri ini, sepanjang pertemuan kita ada kedapatan kekhilafan, terusik hati, terjalar rasa, terguris mata dan terpulas telinga….saya dengan penuh keinsafan dan kekerdilan insan biasa mohon dimaafi. Saya halalkan nasihat dan ilmu yang dapat digunakan oleh anda semua. Mudahan dengan asbab itu Allah SWT memberikan keampunan kepada saya dan kita semua.

Saya terus berdoa moga hasrat dan cita-cita DOSM dapat direalisasikan. Berikan kerjasama anda kepada barisan kepimpinan baru sepertimana anda memberikan kerjasama kepada saya. Mudahan hidup kita terus diberkati. Saya amat bergembira jika anda ingin terus bersilaturahim dan berhubung dengan saya melalui email deramanperingat@gmail.com dan juga aplikasi WS 0196655487.

Sekian, hingga kita ditakdirkan ketemu lagi.

Salam hormat
Abdul Rahman Hasan
 










Baca selanjutnya...

Salam Takziah Puan Azureen

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Dukacita dimaklumkan bahawa Bapa kepada Puan Azureen binti Mohd Sirojuddin, Penolong Akauntan Gred W29 (KUP) dari Pejabat Operasi Gombak, Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor telah kembali ke Rahmatullah pada 7 Februari 2017 (Selasa) bersamaan 10 Jamadilawal 1438H jam 9.00 pagi di Ampang.

Sehubungan itu, marilah kita semua warga Jabatan Perangkaan Malaysia yang beragama Islam menghadiahkan bacaan Al-Fatihah kepada Allahyarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, insya-Allah. Amin.


 En. Frankie menyampaikan sumbangan dari K-POG


Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.