Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

30 Jul 2017

Kejohanan Mini Sukan Zon Tengah DOSM 2017

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

29 Julai 2017 (Sabtu) - DOSM Wilayah Persekutuan (WP) dan DOSM Selangor di bawah kelolaan Kelab Sukan, Kebajikan & Sosial masing-masing telah menganjurkan secara bersama Kejohanan Mini Sukan Zon Tengah.  Objektif utama kejohanan adalah bagi memilih pemain-pemain yang berpotensi untuk mewakili Zon Tengah dalam Sukan Statistik Kebangsaan (SSK) 2017 yang akan diadakan pada September nanti di samping menggalakkan gaya hidup sihat melalui bersukan.


Sebanyak 10 acara/kategori sukan telah dipertandingkan dalam kejohanan yang diadakan di Pusat Sukan Universiti Malaya tersebut iaitu; Bolasepak, Futsal Lelaki & Wanita, Bola Jaring, Bola Tampar Lelaki & Wanita, Sepaktakraw, Ping Pong, Badminton dan Tarik Tali.

Berikut adalah keputusan perlawanan:

Bolasepak
DOSM Selangor  2-4  DOSM WP

Futsal Lelaki
DOSM Selangor  3-3  DOSM WP
DOSM Selangor menang penalti 3-2

Futsal Wanita
DOSM Selangor  2-1  DOSM WP

Bola Jaring
DOSM Selangor  0-7  DOSM WP

Bola Tampar Lelaki
DOSM Selangor  2-0  DOSM WP

Bola Tampar Wanita
DOSM Selangor  2-0  DOSM WP

Sepaktakraw
DOSM Selangor  2-0  DOSM WP

Ping Pong
DOSM Selangor  3-2  DOSM WP

Badminton
DOSM Selangor  1-4  DOSM WP

Tarik Tali 
DOSM Selangor  2-0  DOSM WP

 sebahagian pemain & penyokong bersama Pengarah

 bolasepak

 futsal lelaki

 futsal wanita

 bola tampar wanita

 tariiiikkkkkkk...tali

sepaktakraw

Bagi acara-acara lain seperti badminton, bola jaring, ping pong dan bola tampar lelaki tidak sempat bergambar barang kali kerana terlalu bersemangat untuk menewaskan lawan masing-masing.
Secara keseluruhannya, DOSM Selangor telah memenangi 7 dari 10 acara yang dipertandingkan.

Tahniah dan syabas kepada semua pemain, penyelaras dan juga penyokong. Semoga para pemain yang terpilih mewakili Zon Tengah dalam Sukan Statistik Kebangsaan nanti akan membawa kejayaan kepada Zon Tengah.


Baca selanjutnya...

22 Jul 2017

Majlis Hari Raya POG 2017

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

21 Julai 2017 bersamaan 27 Syawal 1438H (Jumaat) - Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri POG telah diadakan bertempat di Bilik Latihan Seri Selayang, Aras 2, Pejabat Operasi Gombak.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengarah DOSM Selangor, En. Muhammad Amri bin Idris, Ketua Penolong Pengarah, En. Mohd Suhaidi bin Abdul Rais serta beberapa orang pegawai dari Ibu Pejabat DOSM Selangor, Shah Alam.

Turut dijemput menyerikan majlis adalah mantan anggota yang telah bersara dan bertaraf legenda POG iaitu En. Abdul Razak bin Yusoff dan En. Ahmad Rahimi bin Abdullah. Terima kasih atas kesudian mereka hadir memeriahkan majlis ini.

Antara acara yang diadakan adalah penyampaian anugerah kecemerlangan kepada anggota tetap dan PSH di POG bagi separuh tahun 2017, sumbangan cenderahati dari KSKS kepada anggota yang menyambut hari lahir pada bulan Julai, serta acara cabutan bertuah barangan sumbangan Adabi.

Acara kemuncak pastilah acara santapan pelbagai menu juadah istimewa di POG antaranya; Nasi Minyak Rawang Perdana, Dalca Aman Siara, Rendang Ayam Greenwood, Lemang Sri Rasa, Nasi Impit Antara Gapi dimakan bersama Satay Ukay Perdana dan Kuah Kacang Tasik Biru, Daging Masak Hitam D'Velox dan Laksa Utara Sungai Kamin. Tidak ketinggalan juga hidangan pencuci mulut seperti Kek Coklat Moist Widuri, Puding Jagung D'Pinggiran dan Aiskrim D'Batang Kali, serta minuman Sirap Ladang Bukit Darah dan Teh Tarik Desa Keliang. Panjang berjela betul nama-nama menu di atas kan? Kalau dibaca ketika masih kenyang pasti akan rasa lapar semula selesai membacanya..

Saksikan gambar-gambar kemeriahan majlis tersebut:


 persiapan

majlis bermula

pengerusi majlis dan pembaca doa... serta ucapan Pengarah DOSM Selangor 

penerima anugerah kecemerlangan Jan-Jun 2017 : En.Rozan (Unit Ekonomi), En.Rahim (Unit  Isirumah) & En.Aliff Uqbah (PSH) serta Pn.Emily (tak pernah MC sepanjang tahun 2016)

 wajah-wajah riang penerima hadiah cabutan bertuah

sumbangan KSKS kepada yang menyambut hari lahir bulan julai

 segaknya En.Frankie berbaju melayu dan anggunnya Pn.Emily berbaju kurung...
(o.k lah yang lain pun sama segak lagi anggun juga...)

sila..sila.. jangan malu jangan segan

malu bertanya dijamin takkan sesat jalan sebab sekarang dah ada waze...
tapi kalau malu makan dijamin perut lapar...
nampaknya ada yang sampai menjilat jari tuu...

 gendang gendut tali kecapi... (sambunglah sendiri...)

gambar atas: tetamu dari Shah Alam yang sangat sporting
gambar bawah: Tuan Pengarah, KPP dan Ketua P.O bersama legenda POG

 macam-macam ragam... ragam macam-macam

keceriaan warga POG

Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua anggota POG dan tetamu yang menjayakan dan memeriahkan majlis ini. Semoga semangat kerjasama dan ukhuwah antara sesama anggota DOSM Selangor khususnya di POG bertambah erat dan jitu.




Baca selanjutnya...

20 Jul 2017

Majlis Hari Raya DOSM Selangor 2017

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

19 Julai 2017 bersamaan 25 Syawal 1438H (Rabu) - Seluruh warga POG telah berkesempatan hadir memeriahkan Majlis Hari Raya DOSM Selangor di Bangunan Darul Ehsan, Shah Alam.

Suasana majlis berkonsepkan Seksyen Terbuka yang diadakan di ruang legar seksyen masing-masing ini sungguh meriah dengan para anggota saling berkunjung untuk beraya ke seksyen-seksyen lain.

Majlis ini turut diserikan lagi dengan pertandingan Dekorasi Seksyen Tercantik di mana panel penilaiannya diketuai sendiri oleh Pengarah DOSM Selangor, En. Muhammad Amri b. Idris. Juara Dekorasi Seksyen Tercantik dimenangi oleh Seksyen Rangka, tempat kedua dimenangi oleh Seksyen Perkhidmatan, diikuti Seksyen Harga yang meraih tempat ketiga.


Jom kita tengok beberapa gambar yang cukup menggambarkan kemeriahan majlis ini:


Seksyen Rangka

Seksyen Perkhidmatan

Seksyen Harga

 Seksyen Industri

 Seksyen Isirumah

Seksyen Pentadbiran

Seksyen Prosesan

antara dekorasi yang kreatif setaraf hotel 5 bintang


Ini pula gambar-gambar kami... tetamu dari POG








Seluruh warga POG merakamkan ucapan terima kasih kepada tuan rumah setiap seksyen di atas layanan mesra terhadap kunjungan kami datang beraya. Semoga semangat kerjasama dan ukhuwah antara sesama anggota DOSM Selangor bertambah erat dan padu.
Baca selanjutnya...

16 Jul 2017

Sukan DOSM Selangor (SUKPES) 2017

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

15 Julai 2017 (Sabtu) - Kelab Sukan, Kebajikan dan Sosial (KSKS) melalui Biro Sukan dan Rekreasi telah menganjurkan Sukan DOSM Selangor (SUKPES) 2017 bertempat di Kompleks Sukan SUK, Dewan Bolatampar Seksyen 19 & Pusat Boling Ole-Ole, Shah Alam, Selangor.

Objektif penganjuran SUKPES 2017 adalah sebagai sebahagian daripada inisiatif work-life balance dan FiTDOSM Jabatan. Ia juga menjadi medan pemilihan awal untuk persediaan menghadapi Mini Sukan Zon Tengah antara DOSM Selangor & DOSM WPKL yang dirancang pada 29 Julai 2017 dan Sukan Statistik Kebangsaan (SSK) 2017 yang bakal berlangsung pada 28-30 September 2017.

Warga DOSM Selangor termasuk kakitangan PSH dibahagikan kepada empat (4) rumah sukan iaitu MERAH, BIRU, KUNING & HIJAU dan pembahagian rumah sukan tersebut adalah secara rawak berdasarkan kepada stratified ‘seksyen/PO’, ‘jantina’ dan ‘umur’.










Keputusan bagi acara sukan yang dipertandingkan adalah seperti berikut:

1) Bola Tampar Lelaki
Juara: Kuning
Naib Juara: Hijau
Ketiga: Biru
Keempat: Merah

   Bola Tampar Wanita
Juara: Biru
Naib Juara: Hijau
Ketiga:Kuning
Keempat: Merah

2) Bola Jaring
Juara: Kuning
Naib Juara: Biru
Ketiga: Hijau
Keempat: Merah

3) Futsal Lelaki
Juara: Kuning
Naib Juara: Merah
Ketiga: Biru
Keempat: Hijau

   Futsal Wanita
Juara: Biru
Naib Juara: Hijau
Ketiga: Kuning
Keempat: Merah

4) Sepak takraw
Juara: Hijau
Naib Juara: Kuning
Ketiga: Biru
Keempat: Merah

5) Badminton (berpasukan)
Juara: Merah
Naib Juara: Biru
Ketiga: Kuning
Keempat: Hijau

6) Ping Pong (berpasukan)
Juara: Hijau
Naib Juara: Kuning
Ketiga: Merah
Keempat: Biru

7) Boling Terbuka 
Juara: Khairul Anuar Parlan
Naib Juara: Mohd Hashim Rejab
Ketiga: Kaza Abidin
Keempat: Muhammad Famizi Salleh

Diharapkan dengan penganjuran acara sukan ini dapat mengeratkan ukhuwah sesama kita serta memupuk semangat kerjasama berpasukan di kalangan anggota Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Selangor.

Jumpa lagi dalam SUKPES yang akan datang.
Baca selanjutnya...

15 Jul 2017

Fit DOSM POG 02/2017

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Warga POG telah menganjurkan program Fit DOSM siri kedua demi menyahut seruan program Fit DOSM oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang bertujuan untuk memastikan anggota Jabatan  sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan cerdas.

Aktiviti kali ini adalah senamrobik yang dijalankan di Pejabat Operasi Gombak sahaja.



Semoga aktiviti ini dapat diadakan lebih kerap lagi agar warga POG terus sihat, cergas dan cerdas seterusnya meningkatkan lagi semangat bekerja dan produktiviti masing-masing.

Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.