Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

22 Jul 2017

Majlis Hari Raya POG 2017

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

21 Julai 2017 bersamaan 27 Syawal 1438H (Jumaat) - Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri POG telah diadakan bertempat di Bilik Latihan Seri Selayang, Aras 2, Pejabat Operasi Gombak.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengarah DOSM Selangor, En. Muhammad Amri bin Idris, Ketua Penolong Pengarah, En. Mohd Suhaidi bin Abdul Rais serta beberapa orang pegawai dari Ibu Pejabat DOSM Selangor, Shah Alam.

Turut dijemput menyerikan majlis adalah mantan anggota yang telah bersara dan bertaraf legenda POG iaitu En. Abdul Razak bin Yusoff dan En. Ahmad Rahimi bin Abdullah. Terima kasih atas kesudian mereka hadir memeriahkan majlis ini.

Antara acara yang diadakan adalah penyampaian anugerah kecemerlangan kepada anggota tetap dan PSH di POG bagi separuh tahun 2017, sumbangan cenderahati dari KSKS kepada anggota yang menyambut hari lahir pada bulan Julai, serta acara cabutan bertuah barangan sumbangan Adabi.

Acara kemuncak pastilah acara santapan pelbagai menu juadah istimewa di POG antaranya; Nasi Minyak Rawang Perdana, Dalca Aman Siara, Rendang Ayam Greenwood, Lemang Sri Rasa, Nasi Impit Antara Gapi dimakan bersama Satay Ukay Perdana dan Kuah Kacang Tasik Biru, Daging Masak Hitam D'Velox dan Laksa Utara Sungai Kamin. Tidak ketinggalan juga hidangan pencuci mulut seperti Kek Coklat Moist Widuri, Puding Jagung D'Pinggiran dan Aiskrim D'Batang Kali, serta minuman Sirap Ladang Bukit Darah dan Teh Tarik Desa Keliang. Panjang berjela betul nama-nama menu di atas kan? Kalau dibaca ketika masih kenyang pasti akan rasa lapar semula selesai membacanya..

Saksikan gambar-gambar kemeriahan majlis tersebut:


 persiapan

majlis bermula

pengerusi majlis dan pembaca doa... serta ucapan Pengarah DOSM Selangor 

penerima anugerah kecemerlangan Jan-Jun 2017 : En.Rozan (Unit Ekonomi), En.Rahim (Unit  Isirumah) & En.Aliff Uqbah (PSH) serta Pn.Emily (tak pernah MC sepanjang tahun 2016)

 wajah-wajah riang penerima hadiah cabutan bertuah

sumbangan KSKS kepada yang menyambut hari lahir bulan julai

 segaknya En.Frankie berbaju melayu dan anggunnya Pn.Emily berbaju kurung...
(o.k lah yang lain pun sama segak lagi anggun juga...)

sila..sila.. jangan malu jangan segan

malu bertanya dijamin takkan sesat jalan sebab sekarang dah ada waze...
tapi kalau malu makan dijamin perut lapar...
nampaknya ada yang sampai menjilat jari tuu...

 gendang gendut tali kecapi... (sambunglah sendiri...)

gambar atas: tetamu dari Shah Alam yang sangat sporting
gambar bawah: Tuan Pengarah, KPP dan Ketua P.O bersama legenda POG

 macam-macam ragam... ragam macam-macam

keceriaan warga POG

Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua anggota POG dan tetamu yang menjayakan dan memeriahkan majlis ini. Semoga semangat kerjasama dan ukhuwah antara sesama anggota DOSM Selangor khususnya di POG bertambah erat dan jitu.




 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.