Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

1 Oct 2017

Sukan Statistik Kebangsaan (SSK) 2017

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
 
Pada 28-30 September 2017, telah berlangsung Sukan Statistik Kebangsaan (SSK) 2017 kali ke-12, yang merupakan penjenamaan semula Sukan Antara Zon (SAZ), hasil cetusan ilham Ketua Perangkawan Malaysia, Dr Mohd Uzir Mahidin. Temasya kejohanan dwitahunan kali ini dianjurkan oleh Zon Tengah (DOSM Wilayah Persekutuan & Selangor) dan telah diadakan di Pusat Latihan Institut Penilaian Negara (INSPEN), Kajang.


Logo Kejohanan




Venue pertandingan
Stadium INSPEN (Bolasepak 9-Sebelah & acara balapan) 
Dewan Indoor INSPEN (Majlis Perasmian, Sorakan, Bola Tampar, Badminton & Ping Pong)
Outdoor Arena INSPEN (Bola Jaring, Sepak Takraw & Tarik Tali lelaki)
Uptown Sports, Bangi (bagi acara Futsal lelaki, wanita dan veteran)
Wangsa Bowl, IOI City Mall (acara Boling)
Dewan Jubli, INSPEN (Malam Perangkaan)

Pada SSK 2017 ini, seramai 8 anggota POG telah terpilih untuk mewakili pasukan Zon Tengah iaitu:
1. Siti Norasyikin bt Mohd Ghani (acara Bola Tampar wanita)
2. Ali b. Ahmad (Futsal veteran & Bolasepak 9-Sebelah)
3. Mohd Bazri b. Abu Bakar (acara Sepaktakraw & Futsal Veteran)
4. Azeman b. Shaari (Sepaktakraw, Futsal Veteran & Boling)
5. Mohd Shahrul b. Johari (Futsal lelaki & Bolasepak 9-Sebelah)
6. Mohd Fadzly b. Mohd Noor (Futsal lelaki & Bolasepak 9-Sebelah)
7. Mohd Afiq Aizzuddin b. Wahab ((Futsal lelaki & Bolasepak 9-Sebelah))
8. Rozan b. Sulaiman (Bola Tampar lelaki)



Gambar atas dan bawah; sebahagian pemain dan penyelaras sukan dari POG

Setinggi tahniah kepada pasukan Bola Tampar Lelaki dan Wanita, Sepaktakraw, Tarik Tali dan Pasukan Sorakan Zon Tengah yang berjaya muncul juara, manakala dalam acara Bolasepak 9-sebelah dan Ping Pong, Zon Tengah berjaya meraih gelaran naib juara.













Kebanggaan POG; En. Frankie sebagai Ketua Penyelaras Majlis Perasmian manakala 
En. Mohd Fadzly dipilih menjadi salah seorang Pengacara Majlis Perasmian

Kontinjen Zon Tengah



Acara balapan yang baru diperkenalkan kali ini


 Malam Perangkaan bertemakan Blue, White & Denim



POG menjadi persinggahan pertama Piala Pusingan Juara Keseluruhan SSK 2017 


Zon Tengah muncul Juara Keseluruhan buat julung kalinya dengan mengutip 12 mata, manakala Zon Ibu Pejabat Putrajaya dengan 10 mata di tempat kedua. Zon Borneo pula mencipta kejutan meraih tempat ketiga dengan mengutip 9 mata. 

Jutaan terima kasih kepada semua urusetia, penyelaras acara sukan, pemain dan penyokong Zon Tengah yang telah berusaha gigih dan memberi komitmen yang tinggi. Semoga dalam kejohanan pada tahun 2019 yang akan dianjurkan oleh Zon Ibu Pejabat, kita mampu untuk mencapai kejayaan lebih cemerlang dalam setiap acara.

Syabas dan tahniah buat semua.


INFO : SEJARAH PENGANJURAN SUKAN STATISTIK KEBANGSAAN

1997 : Zon Utara - Ipoh, Perak
1999 : Zon Timur - Kuala Terengganu, Terengganu
2002 : Zon Ibu Pejabat - Pusat Latihan BSN, Bangi
2004 : Zon Tengah - Pusat Latihan BSN, Bangi 
2006 : Zon Selatan - Ayer Keroh & Bandaraya Melaka
2009 : Zon Ibu Pejabat - Pusat Latihan BSN, Bangi
2011 : Zon Selatan - Seremban, N.Sembilan
2013 : Zon Utara - UUM Sintok, Kedah
2015 : Zon Timur - UIAM, Kuantan, Pahang


 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.