Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

23 Dec 2017

Kenaikan Pangkat : Tahniah En. Bazri

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

22 Disember 2017 (Jumaat) - Seluruh warga Pejabat Operasi Gombak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada En. Mohamad Bazri bin Abu Bakar di atas Kenaikan Pangkat Secara Time Based Berasaskan Kecemerlangan sebagai Pemandu Kenderaan Gred R6 berkuatkuasa 16 Oktober 2016.

Watikah Kenaikan Pangkat disampaikan sendiri oleh YBhg. Dato' Sri Ketua Perangkawan Malaysia.

Semoga dengan kenaikan pangkat ini akan menjadi pencetus semangat kepada beliau untuk berkhidmat lebih cemerlang dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan di masa akan datang.



Baca selanjutnya...

16 Dec 2017

Fit DOSM POG 05/2017 - Senamrobik & Mini Team Building

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

15 Disember 2017 (Jumaat) - Warga POG telah menganjurkan program Fit DOSM siri 05/2017 demi menyahut seruan program Fit DOSM oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang bertujuan untuk memastikan anggota Jabatan  sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan cerdas.

Aktiviti kali ini adalah gabungan aktiviti senamrobik dan disusuli sedikit aktiviti team building. Aktiviti ini bukan sahaja menyihatkan badan malah juga dapat meningkatkan semangat berpasukan dan melegakan tekanan.






Baca selanjutnya...

2 Dec 2017

Pegawai Perangkaan Tidak Berputus Asa

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. 

Antara cabaran-cabaran dalam menjalankan tugas sebagai penjawat awam di Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). - Dialihbahasa dari petikan rencana sebuah akhbar cina.

Pekerjaan ini selalunya disalahfaham. Adakala dianggap sebagai wartawan, mengapa tanya begitu banyak soalan? Adakalanya dianggap pekerja TNB, datang check meter ya ?Adakalanya dianggap pegawai LHDN, maklumat gaji saya adalah sulit dan tidak boleh diberitahu! Adakalanya dianggap polis, apakah kesalahan saya sehingga disiasat latar belakang saya? Lebih-lebih lagi dianggap sebagai busybody, saya beli tuala wanita dan pakaian dalam pun kamu nak ambil tahu juga?

Disebabkan demikian, mereka perlu menyediakan 'strategi' mengikut perbezaan responden. Bagi yang tidak buka pintu, gunalah taknik pujuk dan cakap lembut. Bagi yang kerja sampai waktu malam, boleh sesuaikan masa hingga membuat lawatan waktu tengah malam. Bagi yang mudah marah, letakkan soalan yang sensitif di soalan terakhir. Jika dia marah, sekurang-kurangnya soalan lain telah dapat jawapan.

Mereka adalah Pembantu Perangkaan dari Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Di belakang tugasnya adalah satu misi yang besar: menjalankan pelbagai penyiasatan atau bancian dan mengumpulkan data. Data tersebut berfungsi sebagai asas kepada polisi negara. Contoh jikalau data menunjukkan penuaan populasi, kerajaan perlu menitikberatkan dari segi kemudahan kesihatan dan penjagaan kesihatan. Jika data menunjukkan kawasan A jauh dari sekolah rendah yang terdekat, kerajaan bolehlah merancang pembinaan sekolah.

Untuk memastikan ketepatan data, pembantu perangkaan mesti melengkapkan tugas selepas dihantar untuk menemuramah isi rumah tertentu walaupun menghadapi cabaran seperti keengganan untuk membuka pintu atau kemarahan daripada responden. Dalam bancian penduduk dan perumahan yang dijalankan setiap 10 tahun, mereka perlu menemuramah kesemua warga dalam negara termasuk askar dalam kem, orang asli dalam hutan, banduan dalam penjara malah gelandangan di bawah jambatan, tiada satu pun yang ditinggalkan.

Jabatan Perangkaan Malaysia setiap negeri mempunyai 6 seksyen: 
1. Rangka dan pemetaan; 
2. Penyiasatan harga; 
3. Penyiasatan pembuatan, pembinaan, alam sekitar dan pertanian; 
4. Penyiasatan perkhidmatan dan kewangan; 
5. Penyiasatan isirumah; 
6. Prosesan dan analisis.


Seksyen rangka dan pemetaan bertanggungjawab menyediakan peta dan rangka bagi penyiasatan isirumah, membahagikan rumah-rumah kepada setiap blok penghitungan yang mempunyai 80 hingga 120 buah rumah dan membekalkan maklumat asas seperti alamat dan bilangan isirumah. Peta dan senarai ini merupakan panduan kepada pembantu perangkaan yang turun padang.

Keempat-empat seksyen penyiasatan menjalankan penyiasatan mengikut bidang masing-masing. Contoh penyiasatan pertubuhan dijalankan menggunakan senarai perniagaan yang diperoleh dari SSM atau pihak berkuasa tempatan. Manakala seksyen prosesan dan analisis bertanggungjawab memproses seterusnya menganalisis data yang dikumpulkan.

Kerja mengumpul data ada dua jenis. Satu adalah penyiasatan sampel seperti penyiasatan perbelanjaan dan pendapatan isirumah, pungutan harga pengguna dan lain-lain. Satu adalah banci iaitu banci penduduk dan perumahan yang dijalankan setiap 10 tahun dan banci pertubuhan yang dijalankan setiap 5 tahun.

Banci melibatkan semua orang dan perniagaan. Soalannya lebih berbagai-bagai dan merangkumi soalan temuramah dan soalan pemerhatian. Jumlah soalan boleh sampai 80 hingga 100. Hanya temuramah sahaja boleh makan masa sehingga satu jam dan masih belum kira masa memujuk responden supaya sudi menerima temuramah atau masa responden bersembang.

Soalan penyiasatan lebih menyasarkan secara khusus tapi kadangkala lebih mencabar. Contohnya penyiasatan perbelanjaan isirumah memerlukan senarai perbelanjaan setiap keluarga dalam tempoh satu bulan. Pembantu perangkaan akan membuat lawatan selang hari iaitu kira-kira 15 kali dalam sebulan dan merekodkan perbelanjaan setiap hari. Perbelanjaan terutamanya makanan memerlukan rekod yang terperinci sehingga apa jenis ikan atau sayur-sayuran yang dibeli juga perlu dicatat.

Walaupun setiap data yang dikumpul ini kelihatan remeh tapi memainkan peranan yang besar setelah dijumlahkan. Ada ketika di mana penyiasatan mendapati sesebuah kawasan mempunyai kadar kemiskinan yang tertinggi dalam negeri. Setelah data ini dikemukakan, kerajaan mengambil tindakan membantu golongan miskin di kawasan tersebut. Penyiasatan yang dijalankan selepas itu mendapati berlaku pengurangan penduduk miskin di kawasan tersebut.

Inilah salah satu fungsi data. Ia boleh menyumbang kepada negara, masyarakat, keluarga dan juga individu. Tetapi ramai yang berasa pembantu perangkaan sering menyibuk hal orang lain dan mengganggu padahal mereka tidak nampak kepentingan data tersebut di sebaliknya.

Setiap kali turun padang, pembantu perangkaan akan menghadapi reaksi responden yang berbagai-bagai tetapi mereka tetap perlu melengkapkan tugas. Jika bertemu responden yang panas baran hanya boleh menggunakan cara yang berlainan dan berusaha memujuk sehingga sesetengah pembantu bergurau mengatakan... kadangkala merasakan sendiri seperti minta sedekah bagi tujuan mendapatkan data untuk kegunaan umum.

Cabaran mereka bermula di luar rumah responden untuk memujuk responden supaya memberi mereka masuk. Ada yang khuatir ini merupakan penyamaran penyamun dan berpura-pura tiada orang dalam rumah. Ada yang menggunakan alasan sedang sibuk. Ada yang kerja malam dan tidur waktu pagi, datang beberapa kali pun tidak dapat menjalankan kerja.

Bagi mengatasinya, pembantu perangkaan perlu menggunakan kemahiran yang berlainan seperti menunjukkan kad identiti dan memakai vest jabatan serta memberi nombor telefon jabatan untuk memudahkan responden mengenalpasti identitinya. Bagi yang tidak buka pintu, kadangkala kena tunggu sampai responden keluar.

Berjaya masuk ke rumah, datanglah cabaran kedua. Berpuluh-puluh soalan yang perlu ditemuramah kemungkinan akan menyebabkan banyak responden hilang sabar. Terutama soalan yang personal dan sensitif lagi meningkatkan kemarahan responden dan enggan bagi kerjasama.

Walaupun responden sudi menjawab, pembantu perangkaan perlu menilai ketepatan jawapan tersebut. Dalam sesetengah kes, data tentang pendapatan yang diberi responden tidak menunjukkan keadaan sebenar yang sepadan dengan keadaan rumah. Pembantu perangkaan kena banyak bertanya dan dapat maklumat yang paling tepat. Selepas balik ke pejabat, pegawai lain akan meneliti data tersebut sekali lagi dan membandingkan dengan data sebelum ini.

Oleh itu, kerja ini perlu pandai memerhati mood responden, bertindak balas dengan cepat, pandai menghadapi situasi yang berubah dan juga boleh bertahan dengan kepenatan menemuramah berpuluh-puluh atau beratus-ratus orang dalam sebulan dengan soalan yang sama.

Mujurlah masih ada cara lain untuk menjalankan banci termasuk e-CENSUS, CATI dan DOPU. Pembantu perangkaan juga akan meminta bantuan daripada pemimpin komuniti untuk menjelaskan kepada penduduk atau mengumpul data.

Banyak warga kota bimbang data yang dibekalkan kepada Jabatan Perangkaan akan diserahkan kepada jabatan lain terutama LHDN. Sebenarnya mengikut seksyen 4 Akta Perangkaan 1965 (Disemak 1989) Jabatan Perangkaan tidak boleh berkongsi data individu dan hanya boleh berkongsi data aggregate.

Adakah apa-apa tindakan akan diambil jika tidak memberi maklumat kepada Jabatan Perangkaan? Mengikut Seksyen 7 Akta Perangkaan 1965 (Disemak 1989) pembantu perangkaan diberi kuasa untuk mengumpul data dan memang ada denda yang boleh dikenakan kepada responden yang enggan bagi maklumat. Tetapi jabatan menggunakan kaedah mesra responden kerana maklumat hanyalah tepat jika dibekalkan secara sukarela.

Pembantu perangkaan tidak mempunyai masa kerja yang tetap, asalkan dapat menyelesaikan tugas dalam tempoh yang ditentukan. Ada pembantu perangkaan pernah menemuramah rumah yang diduduki 11 orang pekerja supermarket yang kerja sampai pukul 11 malam. Pegawai tersebut terpaksa mengunjungi rumah pada pukul 11.30 malam, menemuramah setiap orang secara bergilir-gilir dan habis pada pukul 2 pagi.

Juga pernah berlaku penduduk mencurigai identiti sebenar pegawai dan menahannya dalam rumah sehingga pemimpin komuniti datang memberi pengesahan barulah dilepaskan.

Ada responden akan bertanya: Saya bagi maklumat, apa yang boleh saya dapat? Pembantu perangkaan hanya boleh jawab: Inilah sumbangan tuan/puan terhadap negara.

Bagi responden yang marah, pegawai akan sabar dan memujuk selepas responden habis marah. "Kami tidak tahu responden mengalami apa-apa masalah sebelum kami datang tetapi apabila berkomunikasi secara perlahan-lahan, biasanya akan dapat mencapai kesefahaman dan menghabiskan kerja."

Bercakap pasal cabaran yang dihadapi dalam kerja, pembantu perangkaan tergelak pahit. Tetapi seperti kata salah seorang pegawai yang berkerja selama 35 tahun: "Kerja ini memang unik, tak sama langsung dengan jabatan yang lain”



Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.