Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

4 Jan 2018

Selamat Datang Kembali, En. Nadarajah

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Selaras dengan pengstrukturan baru DOSM, Pejabat Operasi Gombak telah menerima tambahan perjawatan Pembantu Perangkaan Gred E26 yang diisi oleh En. Nadarajah a/l P.Pavadi, berkuatkuasa pada 2 Januari 2018.



Beliau yang juga pernah bertugas di POG sebagai Pembantu Perangkaan Gred E22 mulai 2008-2012, sebelum ini bertugas di Seksyen Harga-Harga, DOSM Selangor.

Seluruh warga POG mengalu-alukan kedatangan kembali En. Nada ke POG. Semoga dedikasi dan komitmen tinggi beliau dalam menjalankan tugas yang diamanahkan akan menjadi teladan buat kita semua.

 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.