Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

17 Mar 2018

Majlis Jasamu Dikenang & Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2017

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

16 Mac (Jumaat) - Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Selangor telah menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017 Peringkat Zon Tengah bersama DOSM Wilayah Persekutuan bertempat di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 5 Shah Alam.

Aturcara majlis:
~ Ucapan Pengarah DOSM Selangor; YBrs. En. Muhammad Amri bin Idris.

~ Ucapan Ketua Perangkawan Malaysia; YBhg. Dato' Sri Dr. Mohd Uzir bin Mahidin.

~ Penyampaian Anugerah Perkhidmatan:
   - Anugerah Jasamu Dikenang.
   - Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017 DOSM Selangor & DOSM Wilayah Persekutuan.

~ Pengenalan dan Pelancaran KOSPEN-Plus DOSM Selangor.

Di kesempatan ini seluruh warga P.O Gombak merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada kesemua 15 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2017 bagi DOSM Selangor, khususnya kepada dua anggota P.O Gombak yang terpilih menerima anugerah tersebut iaitu En. Mohamad Bazri bin Abu Bakar dan Puan Husna bt Khiri.

Dizahirkan juga ucapan penghargaan tidak terhingga kepada dua orang anggota P.O Gombak yang menerima anugerah Jasamu Dikenang, yang akan bersara pada tahun 2018 ini iaitu En. Arifin bin Amin dan En. Haidzir bin Kidam.

Tidak lupa juga ucapan syabas kepada En. Mohamad Bazri bin Abu Bakar dan Puan Nur Al-Kauthar bt Burhan yang terpilih menjadi antara anggota Pasukan Rujuk KOSPEN-Plus DOSM Selangor.





















Semoga kejayaan dan kecemerlangan serta jasa yang ditunjukkan dapat menjadi contoh teladan dan menggalakkan warga POG yang lain agar meningkatkan produktiviti, berintegriti dan lebih beriltizam agar mencapai kualiti yang tinggi seterusnya menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan jabatan.

 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.