Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

27 Feb 2013

Tahniah Raiham dan suami

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Kelab POG mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Raiham dan suami sempena kelahiran anak sulung mereka. Bayi lelaki seberat 2.95 kg tersebut telah selamat dilahirkan di Hospital Selayang pada 25 Februari 2013, jam 11.40 pagi.   Setelah berbincang panjang lebar... mereka sepakat menamakan putera mereka dengan nama yang agak panjang juga... iaitu Shaikh Muhammad Uwais...
Baca selanjutnya...

2 Feb 2013

Majlis Persaraan En. Razak

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Lumrah kehidupan, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Pada 1 Februari 2013 (Jumaat), buat julung kalinya POG mengadakan majlis persaraan untuk anggotanya. POG amat merasai kehilangan seorang kakitangan yang berdedikasi lagi berpengalaman apabila En. Abd. Razak b. Yusoff bakal menamatkan perkhidmatan atas sebab bersara wajib pada umur 58 tahun. Satu majlis perpisahan...
Baca selanjutnya...

1 Feb 2013

Nur Khaleda Amni selamat dilahirkan

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Kelab POG mengucapkan tahniah kepada Azeman dan isteri kerana menerima kehadiran ahli keluarga baru. Setelah dikurniakan dua orang puteri yang comel-comel belaka, cahaya mata mereka yang ketiga yang juga seorang puteri telah selamat dilahirkan pada 31 Januari 2013, jam 5.35 petang.Bayi seberat  3.28 kg yang dilahirkan di Hospital Selayang diberi nama Nur...
Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.