Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

Laporan Aktiviti Kelab P.O.G 2021

 * Untuk cerita penuh, sila klik pautan yang berkenaan.

9 DISEMBER - beberapa ahli KPOG menyertai Program HSN Virtual Aktiviti DOSM Selangor 2021

23 DISEMBER - DOSM Selangor Stats Relief... wakil POG ke Hulu Langat.

Memandangkan situasi yang tidak mengizinkan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan pandemik Covid-19, banyak aktiviti yang dirancang tidak dapat dilaksanakan demi mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.


HAL-HAL LAIN

  • Sumbangan kelahiran anak kedua Pn. Hazwani bt Abdullah (Februari)
  • Sumbangan kematian bekas anggota POG yang telah bersara iaitu Allahyarham En. Abdul Razak bin Yusoff.
  • Sumbangan majlis persaraan En. Nadarajah a/l P.Pavadi.
  • Mengadakan majlis bacaan surah Al-Kahfi & Yaasin secara dalam talian pada setiap Jumaat minggu pertama dan ketiga setiap bulan.
  • Mewujudkan papan kenyataan sudut aktiviti kelab di pejabat untuk memaparkan segala aktiviti kelab.
  • Mewujudkan tabung kecemasan untuk kemudahan ahli kelab yang memerlukan.
  • Bagi menambahkan tabung kewangan kelab, beberapa aktiviti dijalankan seperti jualan kertas dan barangan terpakai.

  • Sekian dilaporkan.

 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.