Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

Laporan Aktiviti Kelab P.O.G 2014

* Untuk cerita penuh, sila klik link pada tarikh aktiviti.

10 JANUARI - Pemilihan Jawatankuasa K-POG bagi tahun 2014-2015. 

8 FEBRUARI - POG menyertai Kejohanan Futsal Tertutup JP Selangor Siri 1/2014 bertempat di Sport Planet, Seksyen 16, Shah Alam. Tanpa disangka-sangka POG berjaya menjuarai kejohanan tersebut. 

2 MAC - Aktiviti trekking ke Santuari Ikan Kelah & Air Terjun Sungai Chiling, Kuala Kubu Baru. 

7 MAC - Baju Kelab POG dilancarkan.
  
26 APRIL - K-POG telah menganjurkan Hari Keluarga POG bertempat di Resort Restu Ibu, Kg. Hulu Kalong, Hulu Selangor.

15 JUN - K-POG menghantar wakil menyertai misi pendakian Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Malaysia.

JULAI - Aktiviti sempena Ramadhan, ahli-ahli KPOG menjalankan kerja amal iaitu menghulur sumbangan kepada fakir miskin dan ibu tunggal yang tinggal di sekitar Gombak dan Hulu Selangor. Golongan sasaran telah dikenalpasti melalui pemerhatian semasa menjalankan kerja luar. Sumbangan tersebut digunakan untuk membeli barangan keperluan asas sebagai persediaan mereka untuk menyambut Aidilfitri yang bakal tiba.

19 JULAI - Mengadakan majlis berbuka puasa bersama-sama anggota POG seisi keluarga.

22 OGOS - Mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di POG.

16 NOVEMBER - Menganjurkan Kejohanan Bowling Tertutup POG 2014 bertempat di Perangsang Templer Golf Club, Rawang.

8 DISEMBER - Menghantar seorang wakil iaitu Mohd Shahrul b. Johari menyertai Kejohanan Bolasepak 9-Sebelah MAKSWIP 2014 telah berlangsung di Stadium Utama, Kangar, Perlis.

13 DISEMBER - POG menyertai kejohanan Sukan Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor (SUPES) 2014 yang telah dilangsungkan di Kompleks Sukan SUK/MSN, Shah Alam, terbuka untuk semua kakitangan tetap dan PSH, JP Selangor.


HAL-HAL LAIN
  • Sumbangan kelahiran anak kedua En. Azizol bin Harun (November) .
  • Mengadakan majlis sambutan harijadi dan jamuan makan yang diadakan secara suku tahunan.
  • Mengadakan majlis bacaan Yaasiin serta tazkirah pada setiap Jumaat minggu pertama setiap bulan.
  • Mengadakan majlis ceramah sempena peristiwa-peristiwa penting dalam kalendar Hijrah seperti Maulidur Rasul, kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak, Israk Mikraj dsb.
  • Kelab POG juga telah mengadakan papan kenyataan sudut aktiviti kelab di pejabat untuk memaparkan segala aktiviti kelab.
  • Menjalankan aktiviti sukan seperti badminton dan futsal sesama anggota POG yang berkelapangan antara 2-3 kali sebulan.
  • Mewujudkan tabung kecemasan untuk ahli kelab.
  • Bagi menambahkan tabung kewangan kelab, beberapa aktiviti dijalankan seperti jualan kertas dan barang terpakai.

  • Sekian dilaporkan.

 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.