Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

14 Mar 2025

Majlis Iftar Ramadan 1446H DOSM Selangor

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Shah Alam, 14 Mac 2025 – KSKS DOSM Selangor telah menganjurkan Majlis Iftar Ramadan 1446H di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah untuk warga kerja DOSM Selangor.

Majlis pada kali ini dianjurkan oleh  bertujuan mengeratkan ukhwah bersama warga kerja jabatan ini di samping dapat memuliakan bulan Ramadan yang barakah ini. Ketua Perangkawan Malaysia, YBhg. Dato’ Sri Dr Mohd Uzir Mahidin turut hadir memeriahkan majlis.

Majlis dimulakan dengan alunan selawat dan munajat Ramadan yang dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmad Syawal bersama kumpulan Qasidah Hadrah An-Najihin Al-Mustofa. YBhg. 

Dato’ Sri Dr Ketua Perangkawan juga turut berbesar hati menyampaikan serahan Infaq Kasih Ramadan kepada ibu tunggal dan anak yatim. Tidak lupa juga duit raya untuk anak-anak yang hadir. Selesai Tarawih, beliau turut meluangkan masa moreh bersama warga kerja. 







Terima kasih kepada semua warga POG yang turut hadir memeriahkan iftar kali ini.
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.