26 APRIL - Mengadakan majlis perpisahan sempena pertukaran Ketua Pejabat Operasi, En. Mohd Rosli b. Mahmood ke Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU).
8 JUN - Menganjurkan Kejohanan Bowling Tertutup POG 2013 bertempat di Speed Bowl, Rawang.
27-29 JUN -Sukan Antara Zon ke-10 Jabatan Perangkaan Malaysia yang dianjurkan oleh Zon Utara, telah diadakan di Pusat Sukan Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah. POG hanya menghantar 2 orang peserta untuk mewakili pasukan Zon Tengah iaitu sdra. Bazri b. Abu Bakar yang kini telah cukup umur untuk menyertai pasukan Futsal Veteran, serta sdra. Mohd Shahrul b. Johari yang mewakili pasukan Futsal Lelaki.
OGOS - Aktiviti sempena Ramadhan, ahli-ahli KPOG menjalankan kerja amal iaitu menghulur sumbangan kepada fakir miskin dan ibu tunggal yang tinggal di sekitar Gombak dan Hulu Selangor. Golongan sasaran telah dikenalpasti melalui pemerhatian semasa menjalankan kerja luar. Sumbangan tersebut digunakan untuk membeli barangan keperluan asas sebagai persediaan mereka untuk menyambut Aidilfitri yang bakal tiba.
4 SEPTEMBER - Menganjurkan Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri POG telah diadakan di Bilik Latihan Seri Selayang, Aras 2, Pej. Operasi Gombak.
26 OKTOBER - Menghantar beberapa wakil menyertai Larian Statistik (StatsRun) 2013 yang diadakan di Putrajaya. StatsRun 2013 merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (JP) sempena meraikan Tahun Statistik Antarabangsa (IYOS) 2013.
2 NOVEMBER - Menghantar beberapa wakil menyertai aktiviti mendaki Bukit Broga, Semenyih yang di anjurkan oleh P.O Kajang.
27 NOVEMBER - Mengadakan majlis perpisahan sempena pertukaran Puan Norazlinda bt Ramli, Penolong Pegawai Perangkaan E27 yang bertukar ke Bahagian Perangkaan Perdagangan Luar Negeri (BPPLN), Ibu Pejabat Putrajaya.
27 NOVEMBER - Perlawanan futsal persahabatan telah diadakan antara P.O Gombak menentang P.O Kajang bertempat di gelanggang futsal KSL, Taman Seri Gombak, Batu Caves. Perlawanan yang dijadikan acara tahunan ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara kedua-dua P.O.
* Untuk cerita penuh, sila klik link pada tarikh aktiviti.
HAL-HAL LAIN
- Sumbangan perkahwinan Pn. Azureen bt Mohd Sirojuddin.
- Sumbangan hadiah kelahiran anak ketiga En. Azeman b. Shaari (Januari), anak sulung Pn. Raiham bt Abdullah (Februari), anak kedua En. Mohd Rosli b. Mahmood (Mac), anak kedua En. Mohd Fadzly b. Mohd Noor (Oktober) dan anak sulung Pn. Azureen bt Mohd Sirojuddin (Disember). Semoga mereka menjadi ibu bapa mithali dan anak-anak mereka menjadi anak-anak yang soleh & solehah.
- Sumbangan majlis perpisahan sempena persaraan En. Abd. Razak b. Yusoff pada bulan Februari, pertukaran En. Mohd Rosli b. Mahmood (April) dan pertukaran Puan Norazlinda bt Ramli (November).
- Sumbangan kematian kepada En. Wan Ahmad Faizal b. Wan Ibrahim (ibu), En. Ali b. Ahmad (bapa) dan En. Abdul Rahim b. Shaharuddin (anak).
- Mengadakan majlis sambutan harijadi yang diadakan secara suku tahunan serta jamuan makan secara potluck.
- Mengadakan majlis bacaan Yaasiin serta tazkirah pada setiap Jumaat minggu pertama setiap bulan.
- Kelab POG juga telah mengadakan papan kenyataan sudut aktiviti kelab di pejabat untuk memaparkan segala aktiviti kelab.
- Mewujudkan tabung kecemasan untuk ahli kelab.
- Bagi menambahkan tabung kewangan kelab, beberapa aktiviti dijalankan seperti jualan kertas dan barang terpakai.
Disebabkan ahli-ahli kelab agak sibuk dalam menjalankan tugas-tugas hakiki, beberapa aktiviti tahunan yang dirancang tidak sempat dilaksanakan seperti Majlis Berbuka Puasa dan Hari Keluarga.
Sekian dilaporkan.