27 Februari 2025 (Khamis) : Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-24 Kelab Sukan Kebajikan Sosial (KSKS) Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor (DOSM Selangor) telah diadakan bertempat di Dewan Banquet Jubli Perak, Bangunan SUK, Shah Alam.
Aturcara Majlis :
~ Ceramah Khas Ambang Ramadan oleh Ustaz Zaidi bin Abdul Hamid
~ Penyampaian hadiah kepada pemenang The Biggest Loser DOSM Selangor 2024
~ Pengenalan Ahli AKRAB
~ Cabutan Bertuah
~ Mesyuarat Agung KSKS
Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :
1) Ucapan Pengerusi KSKS Sesi 2023/2024;
2) Pembentangan dan meluluskan Laporan Tahunan & Laporan Kewangan KSKS Tahun 2023/2024;
3) Pembubaran Ahli Jawatankuasa (AJK) KSKS Sesi 2023/2024;
4) Pemilihan AJK KSKS Sesi 2025/2026.
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada AJK KSKS Sesi 2023/2024 yang telah mencurah khidmat bakti berkorban masa dan tenaga demi melaksanakan agenda KSKS DOSM Selangor. Jasamu dikenang!
Berikut adalah pemenang jawatankuasa tertinggi yang telah diundi oleh majoriti ahli KSKS sebagai AJK Tertinggi KSKS Sesi 2025/2026.
Pengerusi : Siti Muzarinah bt Sungit
Timbalan Pengerusi : Mohd Hafizal bin Harun
Setiausaha : Nurul Fareha bt Ahmad Khairon
Timbalan Setiausaha : Ahmad Maliki bin Abdul Razik
Bendahari : Nor Amisyarabializa bt Mat Saat
anggota POG yang menang hadiah cabutan bertuah...
Tahniah juga buat wakil POG yang dilantik sebagai AJK KSKS baharu iaitu
En. Aidil Ariff bin Asyurisham.
Tahniah di atas pemilihan dan selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi sebagai Ahli Jawatankuasa Kelab Sukan Kebajikan Sosial DOSM Selangor (KSKS).