Ini bukanlah aktiviti yang dianjurkan oleh K-POG, cuma berkongsi cerita tentang aktiviti riadah terapi minda yang disertai oleh beberapa anggota POG di hujung minggu.
Pada 12 Januari 2014 (Ahad), 4 orang pemuda harapan POG berkesempatan menyertai beberapa rakan dari Unit Isirumah, JP Shah Alam dalam aktiviti jungle trekking menjelajah Air Terjun Lepoh, Ulu Langat. Ini catatan ringkas perjalanan mereka :
8.30 am - Singgah bersarapan di Pekan Bt. 18 Ulu Langat. Kemudian membeli bekalan makanan untuk dimakan di air terjun nanti.
9.30 am - Berkumpul di starting point di Asli Adventure Camp, Sungai Lepoh. Parking kereta di sini. Memulakan perjalanan melalui dusun buah-buahan, kebun getah dan seterusnya menyusuri denai hutan yang kebanyakannya landai dan kadangkala perlu mendaki bukit yang tidaklah terlalu sukar. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah.
11.00 am - Sampai di Air Terjun Lepoh. Kalau di pejabat ramai yang jiwa kacau, tetapi di sini jiwa rasa tenang dapat menikmati keindahan alam ciptaan Allah sambil mandi-manda dalam kedinginan air terjun yang sungguh menyegarkan. Ada juga yang mengambil kesempatan untuk memancing.
3 pemuda harapan POG berhenti rehat di pertengahan perjalanan... Ramlee (baju oren), Ajis (baju kuning) dan Sudin (baju hitam).. hehe jangan marah haaa.... |
tiba di air terjun |
subhanallah... indahnya |
airnya sungguh sejuk, kolamnya pula cukup sesuai untuk berenang |
anak siapa la enter frame ni??? orang nak ambil gambar air terjun ni.... |
2.00 pm - Berkemas untuk pulang dan trekking keluar semula ke starting point yang mengambil masa kira-kira 1 jam.