Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

Laporan Aktiviti Kelab P.O.G 2012

12 JANUARI - Mengadakan majlis pemilihan barisan jawatankuasa Kelab POG yang baru bagi tahun 2012-2013.

31 MAC - Seorang wakil dari POG telah menyertai aktiviti mendaki Bukit Broga, Semenyih anjuran P.O Kajang dengan kerjasama JP Selangor Shah Alam. 

28 APRIL - Menghantar 3 orang wakil menyertai Kejohanan Bowling JP Selangor bersama Ketua Perangkawan, bertempat di Gelanggang Bowling Ole-Ole Shah Alam.

Sepanjang bulan MEI - Menganjurkan Kejohanan Ping Pong Tertutup POG untuk mencungkil bakat-bakat yang agak berkaliber di POG yang mungkin boleh diketengahkan lebih jauh. Dijalankan secara liga, terdapat 5 pasukan yang bertanding di mana pemainnya ditetapkan secara undian... 

9 JUN - Menganjurkan Kejohanan Bowling Tertutup POG bertempat di Speed Bowl, Rawang.

30 JUNKSKS JP Selangor dengan kerjasama Kelab P.O Gombak telah menganjurkan Kejohanan Mini Sukan Perangkaan Selangor (SUPES) 2012. Hanya 4 acara dipertandingkan iaitu futsal lelaki, badminton berpasukan, ping pong berpasukan dan karom berpasukan.

11 OGOS - Menganjurkan Majlis Berbuka Puasa ala buffet di Perangsang Templer Golf Club.

5 OKTOBER - Mengadakan Majlis Bacaan Yaasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena telah selamat menduduki pejabat baru di Pusat Perniagaan The Reef, Rawang.


* Untuk cerita penuh, sila klik link pada tarikh.



HAL-HAL LAIN


  • Sumbangan hadiah kelahiran cahayamata kedua Pn. Husna bt Khiri (Februari), cahayamata keempat En. Rohaizad Mohamad Hashim (Februari) dan cahayamata sulung Pn. Che Norfairos bt Che Omar (Mei) Semoga mereka menjadi ibu bapa mithali dan anak-anak mereka menjadi anak-anak yang soleh & solehah. 
  • Sumbangan majlis perpisahan sempena pertukaran En. Nadarajah a/l P.Pavadi (ke HQ JP Selangor, Shah Alam) pada bulan Januari.
  • Mengadakan majlis sambutan harijadi yang dirancang untuk diadakan secara suku tahunan serta jamuan makan secara potluck.
  • Mengadakan majlis bacaan Yaasiin serta tazkirah pada setiap Jumaat minggu pertama setiap bulan.
  • Kelab POG juga telah mengadakan papan kenyataan sudut aktiviti kelab di pejabat untuk memaparkan segala aktiviti kelab.
  • Aktiviti Sukan: Perlawanan badminton diadakan setiap minggu di Dewan Badminton Bandar Country Homes. Bagaimanapun segala perbelanjaan seperti kos sewa dewan & bulu tangkis ditanggung sepenuhnya oleh pemain, tiada sebarang subsidi diberikan oleh kelab. 
  • Mewujudkan tabung kecemasan untuk ahli kelab.
  • Bagi menambahkan tabung kewangan kelab, beberapa aktiviti dijalankan seperti jualan kertas dan barang terpakai terutamanya semasa menjalankan kerja-kerja penyisihan dan pelupusan sebelum berpindah ke pejabat baru.

  • Disebabkan ahli-ahli kelab agak sibuk dalam menjalankan tugas-tugas hakiki, beberapa aktiviti tahunan yang dirancang tidak sempat dilaksanakan seperti Majlis Jamuan Hari Raya dan Hari Keluarga.

    Sekian dilaporkan.

 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.