Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

7 Mar 2025

Ceramah: Ramadan & Al-Quran: Dua Cahaya yang Membimbing

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

7 Mac 2025 (Jumaat) - Pejabat Operasi Gombak telah mengadakan majlis bacaan surah Al-Kahfi, Yasin dan Ceramah Ramadan yang bertajuk "Ramadan & Al-Quran: Dua Cahaya yang Membimbing".

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Mejar Dr Hj Muhammad Syukri Hj Zahari Al-Hafiz atas perkongsian ilmu yang berharga serta kepada semua pihak yang telah hadir dan memberikan sokongan dalam menjayakan majlis ini.

Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dan menjadi panduan dalam kehidupan seharian, khususnya dalam menyambut bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
Terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga kita terus diberi kesempatan untuk menghadiri majlis ilmu pada masa akan datang.










Selesai majlis, sempat pula shooting video ucapan Aidilfitri POG...




 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.