18 Disember 2024 - DOSM Selangor telah dijemput untuk menyertai Hari Terbuka Statistik dan Komuniti 2024 anjuran Institut Sains Matematik Universiti Malaya. Program ini adalah sebagai platform mempromosikan kepentingan statistik dalam komuniti dengan memperkenalkan beberapa konsep statistik melalui landskap.
Landskap bertemakan Taman Herba dibina di ruang tanah kosong berhampiran Institut Sains Matematik UM. Pelajar ISM-Fakulti Sains yang terpilih telah memberi penerangan konsep landskap kepada panel penilai projek dan komuniti yang dihadir. En Barshah Abu Bakar dan Pn Jay Purani Arumugam turut dilantik sebagai salah seorang panel penilai projek pada sesi tersebut. Pameran dan Kuiz Statistik turut diadakan.
Terima kasih diucapkan kepada pensyarah dan juga para siswa ISM.
Sumber : Facebook DOSM Selangor