29 JANUARI - Mengadakan majlis perpisahan untuk meraikan Cik Norhafiza Mohamed Rashid (kini Puan) yang bertukar & naik pangkat ke jabatan lain di Sabah. Majlis diadakan di Pizza Hut Rawang.
25-28 FEBRUARI - Menganjurkan lawatan/rombongan ke Langkawi bersama ahli keluarga masing-masing. Disertai juga beberapa anggota dari HQ JP Selangor, Shah Alam bagi memenuhkan bas. Maaf tiada gambar.
26 MAC - Mengadakan perlawanan Futsal persahabatan dengan P.O Kajang bertempat di Rawang. Pasukan P.O Gombak selaku tuan rumah telah sedaya upaya menjaga hati tetamu yang bersusah payah datang dari jauh. Akhirnya pasukan pelawat diberi kemenangan 11-8… huhu!
8 MEI - Mengadakan program perkelahan keluarga & BBQ di Ulu Yam. Selain bermandi manda, tujuan utama perkelahan ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim sesama anggota di samping dapat lebih mengenali ahli keluarga masing-masing.
18 DISEMBER – Menganjurkan Pertandingan Bowling Tertutup Tahunan di Perangsang Templer Golf Club (PTGC), Rawang. Pertandingan berlangsung dengan begitu sengit termasuk untuk merebut gelaran Raja & Ratu Longkang.
HAL-HAL LAIN
- Sumbangan hadiah perkahwinan Mohd Afiq Aizzuddin b. Wahab & Mohd Fadzly b. Mohd Noor bersama pasangan masing-masing. Semoga berkekalan bahagia hingga ke akhir hayat.
- Sumbangan hadiah kelahiran cahayamata sulung En. Mohd Rosli b. Mahmood & cahayamata ketiga Muhammad Faizal b. Noorsham. Semoga menjadi anak-anak yang soleh & solehah.
- Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Sumbangan derma kilat dijalankan kerana ayahanda kepada Fauzi b. Muhammad kembali ke rahmatullah. Takziah kpd Fauzi dan semoga roh allahyarham dicucuri rahmat.
- Kelab POG juga telah mengadakan papan kenyataan sudut aktiviti kelab di pejabat untuk memaparkan segala aktiviti kelab.
- Atas dasar ketelusan, kelab juga telah mengeluarkan Penyata Kewangan secara suku tahunan yang ditampalkan di sudut aktiviti kelab.
- Aktiviti Sukan: Perlawanan badminton diadakan setiap minggu di Dewan Badminton Bandar Country Homes. Bagaimanapun segala perbelanjaan seperti kos sewa dewan & bulu tangkis ditanggung sepenuhnya oleh pemain, tiada sebarang subsidi diberikan oleh kelab.
- Bagi menambahkan tabung kewangan kelab, beberapa aktiviti dijalankan seperti jualan kertas terpakai dan coffee corner.
Sekian dilaporkan.
~
~