Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

EKSA



EKSA adalah singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam yang merupakan penjenamaan semula bagi Pelaksanaan Amalan 5S Sektor Awam (2010). EKSA bertujuan untuk mewujudkan persekitaran tempat kerja yang kondusif, sistem kerja yang bersistematik dan mengutamakan keselamatan seterusnya meningkatkan budaya kecemerlangan organisasi yang lebih berimej korporat. Dengan itu dapat mengurangkan pembaziran dari segi masa, ruang dan sebagainya, justeru menjimatkan kos operasi.

Kesemua seksyen di Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor telah dibahagikan kepada 9 zon untuk memudahkan pelaksanaan dan pengawasan amalan EKSA. Senarai zon yang terlibat adalah:

1. Zon KLIA - Seksyen Khidmat Sokongan & Perundingan
2. Zon Bukit Melawati - Seksyen Penyiasatan Perkhidmatan & Kewangan
3. Zon Jelapang Padi - Seksyen Penyiasatan Pembuatan, Binaan, Alam Sekitar & Pertanian
4. Zon i-City - Seksyen Penyiasatan Isi Rumah
5. Zon Bandar Diraja - Seksyen Penyiasatan Harga-Harga
6. Zon Ampang Pechah - Seksyen Rangka & Pemetaan
7. Zon Morib - Seksyen Prosesan & Analisis
8. Zon Bukit Broga - Pejabat Operasi Kajang
9. Zon Santuari Kelah Sg. Chiling - Pejabat Operasi Gombak







Sijil Pengiktirafan EKSA yang diterima oleh JP Selangor


 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.