22 FEBRUARI - Melaksanakan projek membuat baju kelab yang akan dipakai setiap ahli POG ketika menyertai mana-mana aktiviti luar misalnya bersukan, hari keluarga, lawatan dan sebagainya... biar nampak seragam dan melambangkan semangat bersatu hati sesama anggota POG.
26-27 FEBRUARI - Mengadakan program team building buat julung-julung kalinya di Dusun Eco Resort, Bentong, bertujuan untuk meningkatkan semangat berpasukan dan silaturrahim sesama anggota. Disertai juga 6 org wakil dari P.O Kajang.
30 MAC - Mendahulukan duit untuk membeli meja ping pong, kemudian dibayar semula dari kutipan sumbangan ahli kelab yang berminat untuk bermain shj. Boleh dimainkan di waktu senggang (waktu rehat dan selepas waktu kerja) dan dijadikan tempat melegakan tekanan akibat bebanan tugas seharian.
12 DISEMBER - Menyertai kejohanan futsal (persahabatan) menentang pasukan P.O Kajang. Perlawanan persahabatan seperti ini mungkin akan diadakan setiap tahun sebagai tanda silaturrahim antara kedua-dua P.O.
* Untuk cerita penuh, sila klik link pada tarikh.
HAL-HAL LAIN
- Sumbangan hadiah perkahwinan Abdillah b. Yusop & Fauzi b. Muhammad bersama pasangan masing-masing. Semoga berkekalan bahagia hingga ke akhir hayat.
- Sumbangan hadiah kelahiran cahayamata sulung Mohd Fadzly b. Mohd Noor, Nurhidayu Md. Shukor, Mohd Afiq Aizzuddin b. Wahab dan Abdul Rahim b. Shaharuddin. Semoga mereka menjadi ibu bapa mithali dan anak-anak mereka menjadi anak-anak yang soleh & solehah.
- Sumbangan majlis perpisahan sempena pertukaran Zulkifly b. Mat Yunos (ke JP Perak), Abdillah b. Yusop (JP Sarawak), Fauzi b. Muhammad (JP HQ Putrajaya) dan En. Mohd Damanhuri b. Abdul Aziz (ILSM Sungkai).
- Sumbangan ikhlas untuk meringankan beban ahli yang mengalami masalah kesihatan iaitu En. Abdul Razak b. Yusoff yang diserang stroke menyebabkan beliau terpaksa bercuti sakit agak lama. Semoga beliau cepat sembuh.
- Mengadakan majlis bacaan Yaasiin setiap Jumaat minggu pertama setiap bulan, tazkirah dan ceramah penerapan nilai-nilai murni.
- Kelab POG juga telah mengadakan papan kenyataan sudut aktiviti kelab di pejabat untuk memaparkan segala aktiviti kelab.
- Atas dasar ketelusan, kelab juga telah mengeluarkan Penyata Kewangan secara suku tahunan yang ditampalkan di sudut aktiviti kelab.
- Aktiviti Sukan: Perlawanan badminton diadakan setiap minggu di Dewan Badminton Bandar Country Homes. Bagaimanapun segala perbelanjaan seperti kos sewa dewan & bulu tangkis ditanggung sepenuhnya oleh pemain, tiada sebarang subsidi diberikan oleh kelab.
- Bagi menambahkan tabung kewangan kelab, beberapa aktiviti dijalankan seperti jualan kertas terpakai dan coffee corner.
Disebabkan ahli-ahli kelab agak sibuk dari bulan April hingga awal Disember dengan tugas-tugas hakiki terutamanya Banci Ekonomi 2010, beberapa aktiviti yang dirancang tidak sempat dilaksanakan. Aktiviti tahunan seperti Majlis Jamuan Hari Raya, Kejohanan Bowling Tertutup dan Hari Keluarga tidak dapat diadakan memandangkan kesuntukan waktu untuk merancang.
Sekian dilaporkan.
~
~