Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

13 Jan 2014

Trekking ke Air Terjun Lepoh, Ulu Langat

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Ini bukanlah aktiviti yang dianjurkan oleh K-POG, cuma berkongsi cerita tentang aktiviti riadah terapi minda yang disertai oleh beberapa anggota POG di hujung minggu.

Pada 12 Januari 2014 (Ahad), 4 orang pemuda harapan POG berkesempatan menyertai beberapa rakan dari Unit Isirumah, JP Shah Alam dalam aktiviti jungle trekking menjelajah Air Terjun Lepoh, Ulu Langat. Ini catatan ringkas perjalanan mereka :

8.30 am - Singgah bersarapan di Pekan Bt. 18 Ulu Langat. Kemudian membeli bekalan makanan untuk dimakan di air terjun nanti.

9.30 am - Berkumpul di starting point di Asli Adventure Camp, Sungai Lepoh. Parking kereta di sini. Memulakan perjalanan melalui dusun buah-buahan, kebun getah dan seterusnya menyusuri denai hutan yang kebanyakannya landai dan kadangkala perlu mendaki bukit yang tidaklah terlalu sukar. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah.

11.00 am - Sampai di Air Terjun Lepoh. Kalau di pejabat ramai yang jiwa kacau, tetapi di sini jiwa rasa tenang dapat menikmati keindahan alam ciptaan Allah sambil mandi-manda dalam kedinginan air terjun yang sungguh menyegarkan. Ada juga yang mengambil kesempatan untuk memancing.

3 pemuda harapan POG berhenti rehat di pertengahan perjalanan...
Ramlee (baju oren), Ajis (baju kuning) dan Sudin (baju hitam)..
hehe jangan marah haaa....
tiba di air terjun
subhanallah... indahnya
airnya sungguh sejuk, kolamnya pula cukup sesuai untuk berenang
anak siapa la enter frame ni???  orang nak ambil gambar air terjun ni....

2.00 pm - Berkemas untuk pulang dan trekking keluar semula ke starting point yang mengambil masa kira-kira 1 jam.


Baca selanjutnya...

10 Jan 2014

Pemilihan Jawatankuasa K-POG 2014-2015

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Selamat tahun baru 2014. 

Begitu pantas masa berlalu. Kini tiba masanya untuk menjalankan pemilihan baru bagi jawatankuasa Kelab P.O.G bagi tahun 2014-2015. Berikut adalah keputusan pemilihan tersebut:

Penasihat : En. Frankie anak Albert Antau
Pengerusi : En. Azeman bin Shaari
Setiausaha : En. Muhamad Faizal bin Noorsham
Bendahari : En. Azizol bin Harun

AJK :         
En. Mohd Afiq Aizzuddin bin Wahab (Sukan)
En. Abdul Rahim bin Shaharuddin (Kebajikan)
En. Rohaizad bin Mohamad  Hashim (Sosial)
Pn. Yusnida bt Yusoff (Ekonomi)
En. Rozan bin Sulaiman (Keceriaan)
En. Ali bin Ahmad (Blogger)

Cik Norazirah bt Abd. Rahim (Wakil PSH)




Terima kasih diucapkan kepada jawatankuasa lama yang memberi komitmen yang cukup padu dalam merancang dan menjayakan semua aktiviti yang telah dijalankan, dibantu kerjasama dari semua ahli K-POG. Diharapkan jawatankuasa yang baru dipilih ini akan menjalankan tugas dengan lebih cemerlang lagi berintegriti.

Sekian dilaporkan.
Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.