Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

19 Jan 2016

Selamat Datang Siti Fatimah

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Patah tumbuh hilang berganti. Setelah kehilangan En.Azizol bin Harun yang bertukar ke Pejabat Operasi Kuala Krai, Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Kelantan, kini Pejabat Operasi Gombak menerima kehadiran anggota baru. Pada 18 Januari 2016 (Isnin), Puan Siti Fatimah binti Ahmad, Pembantu Perangkaan E17 telah melapor diri di Pejabat Operasi Gombak. Telah berkhidmat di Jabatan...
Baca selanjutnya...

14 Jan 2016

Majlis Perpisahan En.Azizol

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Pada hari Khamis, 14 Januari 2016, Kelab POG telah menganjurkan majlis perpisahan untuk En.Azizol bin Harun, Pembantu Perangkaan E17 yang akan bertukar ke Pejabat Operasi Kuala Krai, Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Kelantan mulai 17 Januari 2016. Majlis ringkas ini dimulakan dengan ucapan  oleh Ketua POG, En.Frankie yang merakamkan...
Baca selanjutnya...

4 Jan 2016

Kelahiran Cahaya Mata: Tahniah Puan Ainun

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Sukacita dimaklumkan bahawa Puan Ainun Saadah binti Abd Rahim, Pembantu Tadbir (P/O) N17, Pejabat Operasi Gombak telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada jam 5.24 pagi, 3 Januari 2016. Bayi seberat 3.46 kg tersebut telah selamat dilahirkan di Hospital Selayang dan dinamakan Ayra Kadeeja Dania binti Mohamad Khairi Tahniah kepada Puan Ainun dan suami beliau sempena kelahiran...
Baca selanjutnya...

Salam takziah En. Haidzir

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Dukacita dimaklumkan bahawa Ibu Mertua kepada Encik Haidzir Bin Kidam, Pembantu Perangkaan E22 (KUP) di Pejabat Operasi Gombak telah kembali ke Rahmatullah pada pagi 3 Januari 2016 (Ahad) bersamaan 22 Rabiul Awal 1437H. Marilah kita semua, warga Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor yang beragama Islam menghadiahkan bacaan Al-Fatihah kepada Allahyarhamah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, Insya-Allah....
Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.