Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

18 Dec 2018

Selamat Datang En. Zulrusdi

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Pada 17 Disember 2018 (Isnin), Pejabat Operasi Gombak mengalu-alukan kehadiran anggota baru, En. Mohamad Zulrusdi bin Mohd Zain, Pembantu Perangkaan E19 yang telah melapor diri untuk memulakan tugas di Pejabat Operasi Gombak. Telah berkhidmat di Jabatan Perangkaan Malaysia selama kira-kira 8 tahun, beliau yang berasal dari Betong, Sarawak sebelum ini bertugas di Bahagian...
Baca selanjutnya...

28 Nov 2018

Semoga cepat sembuh, Afiq

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Dukacita dimaklumkan seorang anggota POG, En. Afiq Aizzuddin bin Wahab telah mengalami musibah kemalangan jalan raya pada malam 26 November 2018. Motosikal yang ditunggang beliau telah terbabas dalam perjalanan  ke Shah Alam. Beliau mengalami retak tulang tangan kiri dan luka-luka di bahagian muka. Ketua POG sempat menziarahi Afiq di rumah beliau Seluruh warga POG mengucapkan...
Baca selanjutnya...

24 Nov 2018

FitDOSM POG 23/11/18

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. 23/11/2018 (Jumaat) - Warga POG telah menganjurkan program senaman FitDOSM demi menyahut seruan program FitDOSM oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang bertujuan untuk memastikan anggota Jabatan  sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan cerdas. ...
Baca selanjutnya...

23 Nov 2018

Majlis Perjumpaan Pengarah Bersama Warga Pejabat Operasi Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor Sempena Menghadapi Banci Penduduk dan Perumahan 2020

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Khamis, 22 November 2018 - Majlis Perjumpaan Pengarah Bersama Warga Pejabat Operasi Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor Sempena Menghadapi Banci Penduduk dan Perumahan 2020 telah diadakan bertempat di Dewan Pameran, Kolej Komuniti Selayang, Gombak. Majlis tersebut yang dihadiri oleh semua warga Pejabat Operasi Gombak (POG) dan Pejabat Operasi Kajang (POK) turut...
Baca selanjutnya...

7 Oct 2018

Program CSR DOSM Selangor 2018 : Statistik Mensejahterakan Rakyat di Kg. Orang Asli Hulu Melaka, Serendah

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. SERENDAH, HULU SELANGOR, 6 OKTOBER 2018 – Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Selangor, En. Muhammad Amri bin Idris telah merasmikan Program Statistik Mensejahterakan Rakyat sempena Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 di Kampung Orang Asli (KOA) Hulu Melaka, Serendah, Hulu Selangor. Program ini telah diadakan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)...
Baca selanjutnya...

19 Sept 2018

Kelahiran Cahaya Mata : Tahniah En. Rohaizad

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Sukacita dimaklumkan bahawa isteri En. Rohaizad b. Mohamad Hashim , Pembantu Perangkaan E22 (KUP), Pejabat Operasi Gombak telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada jam 5.06 pagi, 18 September 2018 (Selasa). Bayi seberat 3.75 kg tersebut telah selamat dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan dinamakan Muhammad...
Baca selanjutnya...

15 Sept 2018

FitDOSM POG 14/9/18

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. 14/09/2018 (Jumaat) - Warga POG telah menganjurkan program senaman FitDOSM demi menyahut seruan program FitDOSM oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang bertujuan untuk memastikan anggota Jabatan  sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan cerdas. ...
Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.