Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

29 Apr 2018

Program Gegar Riuh DOSM Explorace 2018

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. 28 April 2018 (Sabtu) - Pejabat Operasi Gombak (POG) telah menganjurkan Program Gegar Riuh DOSM Explorace 2018 bertempat di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur.  Program yang telah diadakan buat julung-julung kalinya ini disertai oleh 11 pasukan dari Ibu Pejabat DOSM Selangor Shah Alam, Pejabat Operasi Gombak, Pejabat Operasi Kajang serta pasukan jemputan dari DOSM...
Baca selanjutnya...

21 Apr 2018

Pemilihan Ahli Jawatankuasa KPOG 2018

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Pada 20 April 2018 (Jumaat), pemilihan bagi jawatankuasa Kelab P.O.G bagi tahun 2018-2019 telah dijalankan. Berikut adalah keputusan pemilihan tersebut: Penasihat : En. Frankie anak Albert Antau Pengerusi : Cik Siti Norasyikin bt Mohd Ghani  Timbalan Pengerusi : En. Mohamad Bazri bin Abu Bakar Setiausaha : En. Muhammad Aiman bin...
Baca selanjutnya...

15 Apr 2018

Mendaki Bukit Broga 2018

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Pada 14 April 2018 (Sabtu), Pejabat Operasi. Kajang telah menganjurkan aktiviti Mendaki Bukit Broga, Semenyih yang berketinggian 400 meter dari paras laut. Semua warga DOSM Selangor dijemput menyertainya. Program yang mendapat sambutan menggalakkan dari warga DOSM Selangor itu turut dimeriahkan dengan penyertaan Pengarah DOSM Selangor, En. Muhammad Amri bin Idris; Ketua Penolong...
Baca selanjutnya...

13 Apr 2018

Selamat Bersara En. Haidzir

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. 12 April 2018 (Khamis) - Lumrah kehidupan, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Hari ini merupakan hari terakhir En. Haidzir bin Kidam bertugas di Pejabat Operasi Gombak dan akan mula bercuti rehat sebelum menamatkan perkhidmatan atas sebab bersara wajib pada usia 60 tahun. Sesungguhnya seluruh warga POG amat merasai kehilangan seorang kakitangan yang berdedikasi lagi berpengalaman...
Baca selanjutnya...

7 Apr 2018

FitDOSM POG 06/04/18

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. 06/04/2018 (Jumaat) - Warga POG telah menganjurkan program senaman FitDOSM demi menyahut seruan program FitDOSM oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang bertujuan untuk memastikan anggota Jabatan  sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan cerdas. Selesai melakukan senaman, diadakan pula jamuan 'pot luck' dengan menu yang sihat dan mempunyai...
Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.