Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

12 Jul 2018

Majlis Sambutan Aidilfitri POG 2018

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. 11 Julai 2018 bersamaan 27 Syawal 1439H (Rabu) - Kelab POG dengan kerjasama Kelab Sukan, Kebajikan & Sosial DOSM Selangor (KSKS) telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri POG yang telah diadakan bertempat di Bilik Latihan Seri Selayang, Aras 2, Pejabat Operasi Gombak. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengarah DOSM Selangor, En. Muhammad Amri...
Baca selanjutnya...

Majlis Persaraan En. Haidzir

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Lumrah kehidupan, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Pada 11 Julai 2018 (Rabu), POG telah mengadakan majlis persaraan untuk menzahirkan penghargaan kepada En. Haidzir bin Kidam atau lebih mesra disapa Wak Dir yang telah menamatkan perkhidmatan atas sebab bersara wajib pada usia 60 tahun. Sesungguhnya seluruh warga POG amat merasai kehilangan seorang kakitangan yang...
Baca selanjutnya...

6 Jul 2018

Majlis Sambutan Aidilfitri DOSM Selangor 2018

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. 5 Julai 2018 bersamaan 21 Syawal 1439H (Khamis) - Warga POG telah berkesempatan hadir memeriahkan Majlis Sambutan Aidilfitri DOSM Selangor di Bangunan Darul Ehsan, Shah Alam.Suasana majlis berkonsepkan Seksyen Terbuka yang diadakan di ruang legar seksyen masing-masing ini sungguh meriah dengan para anggota saling berkunjung untuk beraya ke seksyen-seksyen lain. Jom kita tengok...
Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.