Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

31 Aug 2018

Selamat Bersara En. Arifin

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Lumrah kehidupan, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Pada  hari ini, 30 Ogos 2018 (Khamis) merupakan hari terakhir En. Arifin bin Amin, Pembantu Perangkaan E22 mencurah bakti berkhidmat di POG  atas sebab bersara pilihan pada usia 58 tahun. antara kenangan di POG cenderahati kenang-kenangan  Ucapan dari Pengerusi KSKS dan pegawai yang diraikan...  anggota...
Baca selanjutnya...

14 Aug 2018

Selamat Datang Puan Siti Hajar

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Patah tumbuh hilang berganti. Setelah kehilangan Puan Che Norfairos yang bertukar ke Pejabat Operasi Kuala Krai, DOSM Negeri Kelantan, kini Pejabat Operasi Gombak menerima kehadiran anggota baru. Pada 13 Ogos 2018 (Isnin), Puan Siti Hajar binti Tajul Arus, Pembantu Perangkaan E19 telah melapor diri untuk memulakan tugas di Pejabat Operasi Gombak. Telah berkhidmat di Jabatan...
Baca selanjutnya...

13 Aug 2018

Treking ke Air Terjun Sungai Chiling

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Pada 12 Ogos 2018 (Ahad), beberapa anggota POG berkesempatan menyertai aktiviti treking di Air Terjun Sungai Chilling, Kuala Kubu Bharu yang juga merupakan kawasan Santuari Ikan Kelah Sg. Chiling.  Air terjun dan santuari ini dibuka untuk pelawat hanya pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dari 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Hari-hari lain ditutup untuk kerja-kerja pemuliharaan. Dari...
Baca selanjutnya...

5 Aug 2018

Selamat Pengantin Baru, Aiman

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. 4 Ogos 2018 (Sabtu) - Warga POG berkesempatan hadir memeriahkan majlis perkahwinan anggota POG, Muhammad Aiman b. Mohd Arshad dan pasangannya, Mazni yang dilangsungkan di Dewan Komuniti Batu Muda, Gombak. Sumbangan dari KPOG disampaikan oleh Ketua POG, En. Frankie KPOG dan seluruh warga POG mengucapkan selamat melayari bahtera perkahwinan kepada Aiman dan isteri,...
Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.