Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

28 Nov 2018

Semoga cepat sembuh, Afiq

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Dukacita dimaklumkan seorang anggota POG, En. Afiq Aizzuddin bin Wahab telah mengalami musibah kemalangan jalan raya pada malam 26 November 2018. Motosikal yang ditunggang beliau telah terbabas dalam perjalanan  ke Shah Alam. Beliau mengalami retak tulang tangan kiri dan luka-luka di bahagian muka. Ketua POG sempat menziarahi Afiq di rumah beliau Seluruh warga POG mengucapkan...
Baca selanjutnya...

24 Nov 2018

FitDOSM POG 23/11/18

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. 23/11/2018 (Jumaat) - Warga POG telah menganjurkan program senaman FitDOSM demi menyahut seruan program FitDOSM oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang bertujuan untuk memastikan anggota Jabatan  sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan cerdas. ...
Baca selanjutnya...

23 Nov 2018

Majlis Perjumpaan Pengarah Bersama Warga Pejabat Operasi Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor Sempena Menghadapi Banci Penduduk dan Perumahan 2020

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Khamis, 22 November 2018 - Majlis Perjumpaan Pengarah Bersama Warga Pejabat Operasi Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor Sempena Menghadapi Banci Penduduk dan Perumahan 2020 telah diadakan bertempat di Dewan Pameran, Kolej Komuniti Selayang, Gombak. Majlis tersebut yang dihadiri oleh semua warga Pejabat Operasi Gombak (POG) dan Pejabat Operasi Kajang (POK) turut...
Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.