Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Kuala Lumpur, 18 Ogos 2019 - World Stats (WSC) Run 2019 anjuran Jabatan Perangkaan Malaysia telah berlangsung di Dataran Merdeka bersempena 62nd ISI World Statistics Congress (WSC) 2019.
Baca selanjutnya...
Kuala Lumpur, 18 Ogos 2019 - World Stats (WSC) Run 2019 anjuran Jabatan Perangkaan Malaysia telah berlangsung di Dataran Merdeka bersempena 62nd ISI World Statistics Congress (WSC) 2019.
Sebanyak 3 kategori larian dipertandingkan iaitu 21km, 10km dan 5km. YB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Hal Ehwal Ekonomi telah melakukan flag off peserta bagi kategori 10km manakala flag off bagi kategori 21km dan 5km telah dilakukan oleh YBhg. Dato' Saiful Anuar Lebai Hussen, Ketua Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.
Larian kategori 5km turut disertai oleh YB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, YB Senator Dr. Radzi Jidin, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Ketua Perangkawan Malaysia, Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin. WSC Run menerima kira-kira 7,000 penyertaan dari 45 buah negara.