Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di POG. _______________________________________________________________________________

28 Nov 2019

Gala Dinner & Awards Night POG 2019

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. 27 November 2019 (Rabu) - Pejabat Operasi Gombak (POG) telah menganjurkan Majlis Gala Dinner & Awards Night bertempat di Templer Park Country Club, Rawang. Majlis ini bertujuan untuk meraikan dan menghargai warga kerja POG yang telah sepanjang tahun bekerja keras, bertungkus lumus, berhempas pulas dan bermandi keringat dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Dalam...
Baca selanjutnya...

26 Nov 2019

Majlis Apresiasi Pekerja Sambilan Harian (PSH) 2019

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. 25 November 2019 (Isnin) - DOSM Selangor  telah menganjurkan Majlis Apresiasi Pekerja Sambilan Harian (PSH) 2019 bagi menghargai sumbangan anggota PSH dalam menjayakan tugas-tugas di Jabatan Perangkaan Malaysia. Tetamu kehormat :~ En. Muhammad Amri bin Idris, Pengarah DOSM Selangor~ En. Sharuddin bin Shafie, Timbalan Pengarah DOSM Selangor~ En. Mohd Suhaidi bin Abdul...
Baca selanjutnya...

20 Nov 2019

Selamat Datang En. Rashid

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Pada 19 November 2019 (Selasa), Pejabat Operasi Gombak mengalu-alukan kehadiran anggota baru, En. Mohd Rashid bin Ahmad, Pembantu Perangkaan E19 yang telah melapor diri untuk memulakan tugas di Pejabat Operasi Gombak. Berasal dari Bachok, Kelantan, beliau merupakan salah seorang dari kelompok pengambilan anggota baru bagi mengisi kekosongan jawatan di DOSM seluruh negara. POG...
Baca selanjutnya...

18 Nov 2019

Kelahiran Cahaya Mata : Tahniah En. Aiman

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Sukacita dimaklumkan bahawa isteri En. Muhammad Aiman bin Arshad , Pembantu Perangkaan E19, Pejabat Operasi Gombak telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada jam 6.24 petang, 17 November 2019 (Ahad). Bayi seberat 2.99 kg tersebut telah selamat dilahirkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan dinamakan Afeeya Eryna bt...
Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.